Assalamualaikum Readers
Malaysia ni ada banyak musim antaranya musim kawen. Kalau dah menjelma bulan November dengan Disember tu alamatnya angkat kuali. Hehe.. Entri kawen pun kembali dalam blog ni. Kenduri untuk bulan ni dimulakan dengan majlis anak menakan (memerangkap anak sepupu lelaki Nina) di Dewan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, sabtu lepas. Walaupun cuaca mendung, nak hujan tapi sampai ke sudah tak hujan. Alhamdulillah, Allah permudahkan majlis. Syukur majlis satu-satunya anak perempuan sepupu Nina berjalan dengan lancar dan meriah. Memang seronok kalau ada kenduri, keluarga besar berkumpul.
Nur Khalisa (anak cousin lelaki), katanya nama dari surah Khalisa. Macam anak Jepun dah |
Cousin ni masih single. Anak paksu Nina |
Sampai ke sudah tak dapat makan walaupun meja sebelah. Ruginyaaa |
Cousin ni kerja makan, macam mana nak cari calon menantu untuk Maksu |
Bukan setakat kenduri meriah tapi makanan pun meriah. Akhirnya dapat parents cuba nasi minyak dari catering Zulirah (untuk majlis Nina). Tak payah nak pi test food. Haaa. One of the best catering in Penang. Selain itu, ada menu pak tongko, laksa Penang, kuih muih, bubur kacang hijau. Semoga Nad dan Safie bahagia hingga ke akhir hayat. Welcome to our family Safie! Harapnya dapat lah sesuaikan diri dalam keluarga kami yang serba ting tong dan hingaq (bising).
Nampak tak kemeriahannya, bila rombongan pengantin sampai. Lepas ni makan kenduri siapa pulak? Jeng.. jeng. Banyak betul jemputan, minggu cuti raya cina pun ada kenduri. Apapun semoga bahagia buat pengantin dan bakal-bakal pengantin.
Pukul 2 lebih rombongan sampai |
Sama-sama comel. Haha |
Selamat pengantin baru anak saudara Siti Nadiah dan pasangan Muhamad Safie |
Nampak tak kemeriahannya, bila rombongan pengantin sampai. Lepas ni makan kenduri siapa pulak? Jeng.. jeng. Banyak betul jemputan, minggu cuti raya cina pun ada kenduri. Apapun semoga bahagia buat pengantin dan bakal-bakal pengantin.
Mungkin lepas ni kenduri tuan punya blog? hehe. selamat pengantin baru Nadiah dan Safie
ReplyDeleteBest makan lauk kenduri. Sedap 😘
ReplyDeletemeriahhh!
ReplyDeletepengantin cantik n ensem.. =)
wah meriahnya
ReplyDeletebarakallahulakuma utk mempelai
ReplyDeleteselamat pengantin baru buat pasangan..
ReplyDeletedah lama tak makan nasi minyak org kenduri...huhu..
ReplyDeleteMeriahnya.. Selamat Pengantin Baru buat pengantin..
ReplyDeleteTahniah anak sedara Nina. Meriah majlisnya. Semoga berbahagia sampai syurga. aaminn..
ReplyDelete