Assalamualaikum Readers
Review Wawawax Hair Removal Kurangkan Bulu Lebat Dan Cepat Tumbuh | Lamanya tak buat entri review produk gituw. Nak cantik mesti nak cuba macam-macam produkkan. Ini salah satu produk yang Nina suka. Serius best, licin dan bulu lambat tumbuh. Tak macam lepas kita shave. Harga tak tentu, kadang-kadang HQ akan buat sale boleh dapat murah.
Wawawax Hair Removal |
Setiap wawawax akan dapat 1 set percuma spatula dan kain cotton |
Bagi yang baru kenal Wawawax Hair Removal, ada dua packaging yang berlainan saiz, corak dan warna. Tapi ISI dan FUNGSI yang sama. Ada dua saiz iaitu 50ml dan 120ml. Wawawax berfungsi buang bulu yang ada pada badan kita. Sama ada nak buang bulu tangan, kaki, ketiak dan lain-lain pun boleh saja. Nak buang bulu guna wawawax ni pun lebih cepat, tak perlu buang sehelai-helai. Nina dah 3 kali repeat order, sangat best!
Picit ikut berapa banyak kita nak cabut |
Cara guna dengan sapu wawawax dengan mencondongkan spatula rapat ke kulit untuk elak bulu tertarik |
Hasilnya bulu pada badan akan lebih lambat tumbuh, lepas empat hari tak terasa tumbuh lagi. Jadi tak perlu dah kerap buang bulu walaupun busy. Nak guna Wawawax ni tak perlu panaskan. Boleh terus guna dimana saja dan bila-bila masa disebabkan sizenya yang boleh selit dalam handbag. Bahan dalam wawawax ni hanya lemon, gula dan madu.
Fungsi Wawawax :
1. Melembutkan dan menghaluskan kulit
2. Melambatkan penumbuhan bulu
3. Menanggalkan sel kulit mati
4. Bulu tumbuh lebih halus dan tanpa rasa gatal
5. Mengurangkan permukaan yang gelap akibat mencukur
6. Mudah untuk dibawa kemana-mana sebab packing baru yang lebih ringan
Cara Bersihkan Kain Cotton
Hanya rendam dalam air selama 10 atau 20 minit macam tu. Nanti wax akan cair dengan sendirinya dan bulu-bulu pada kain hanya sapu-sapu saja. Dah kering, sedia untuk digunakan semula.
Cara Simpan Wawawax
Perlu simpan dalam suhu bilik kita sehari-harian. Jangan simpan dalam peti sejuk atau kawasan suhu yang sejuk sebab Wawawax akan menjadi keras dan jangan simpan di kawasan terdedah dengan panas, nanti cair. Simpan dalam beg makeup lebih senangkan.
Kulit Yang Sesuai Untuk Waxing
Pastikan kulit kering dan tidak basah. Lepas tu kulit tak luka atau cedera, jerawat dan kudis.
Boleh order di IG : Wawawax HQ
WOW NAK CUBA LA
ReplyDeleteHai. Nad ade jual wawawax. Boleh pm nad kalau berminat 0179406393
Deletecantik tube nya...colorful gituuuu
ReplyDeletesakit tak masa nk tarik tu? hehehe
ReplyDeletepedih sekejap ja. hahaha
DeleteProduk yang menarik.. Macam nak cuba pula..
ReplyDeleteSama lah kita guna wawawax ni. Tapi kalau bulu yang panjang sikit, menangissss 😂
ReplyDeleteFiza pun pakai yang ni juga. nak tarik tu memang azab sikit tahan sakit. tapi puas hati lah hasilnya kan
ReplyDeleteboleh guna kat kawasan atas bibir tak?
ReplyDeleteBoleh tapi agak sakit, kena tarik cepat-cepat ya
Delete