14 Nov 2019

Menginap Di Hotel Cititel Express Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Menginap Di Hotel Cititel Express Penang | Hotel Best Di Penang | Nak dijadikan cerita, awal bulan ni ada event dengan kawan-kawan nak tidur hotel, dah siap packing apa semua, tup-tup plan cancel last minute. Katanya bilik yang dia book tu berhantu. Hahah.. Nina pun dah penat nak balik rumah, sebab dari pagi sampai ke petang terjah butik, tengok baju nak pakai reception. Nak survey satu-satu butik bukan senang, penat!


Cititel Express Penang Hotel waktu malam, Nampak Hotel Neo+
 
Bilik untuk 2 orang di Cititel Express Penang
 
Terus rasa nak landing

 
 
Bila dah penat, nak drive balik ke Tanah besar pun malas sebab nak kena menyeberangi jambatan Pulau Pinang tu. Last-last bukak website Agoda dan tengok kot-kot ada hotel best, boleh bermalam. Hehe.. Mintak tunang drop di hotel dan dia balik rumah. Ada rezeki nak stay di Cititel. Tak pernah lagi stay hotel ni. So dapatlah Nina review dalam blog. Yeeehaaaa!
 
 
 
Pintu ada cermin tu toilet tau
 
Bantal sokongan
 
Masuk bilik kalau tak tahan terus masuk bilik air
  
Agak sempit ruang dalam bilik, tak sesuai untuk badan besar nak stay sini
 
 
 
Walaupun checked in pukul 10 malam, receptionist tetap senyum tengok muka nak hadap bantal ni. Selekeh dengan tak mandi, dari Penang ke Kulim ke Sungai Petani balik ke Penang. Kau rasa? Nasib bukan Nina yang drive tapi tengok orang sebelah, mata dah macam zombie.. Merah menyala. Haha memang mengantok sangat-sangat tu. Okay selesai daftar receptionist akan mintak deposit RM 50 (akan dipulangkan bila check out nanti). Nak dijadikan cerita lagi, malam sebelum tidur, tengah mamai call reception tanya iron, sekali tengok iron sebelah pintu bilik dan pagi tu pulak lupa nak bawa card masa keluar iron baju, pintu lock adudu.. Otak tak berkembang pagi-pagi, so turun kebawah ambil access card dengan baju pyjama, tuala di kepala bersama muka tak mandi. Hahaha.. 
 
 
 
Cikonet tu untuk adjust aircond
 
Toilet bersih
 
 
Alooo comel welcome note
 
View waktu pagi, cantiknyaa.. Boleh nampak Penang bridge
 
 
 
Kemudahan di Cititel Express Penang Hotel :

  • Bilik bersih, tak ada bau hapak etc.

  • Toilet bersih (thumps up!)

  • Cermin yang besar di pintu toilet dan depan katil, puas nak belek muka dan make up.

  • Ada water heater dan berfungsi dengan baik.

  • Ada TV, almari, peti ais, hanger dan sejadah!

  • Parking percuma.

  • Friendly staff (book and pay now tapi kena bayar deposit bila nak check in, akan dipulangkan).

  • Petunjuk arah kiblat juga disediakan tapi ruang bilik tak muat nak hampar sejadah (pandai-pandai la adjust katil).

  • Tuala disediakan (2 helai).
 
Jadi Nina suggest hotel ni kalau ke Penang. Makanan sedap dan tak sesat kalau nak cari hotel ni. Lokasi terletak betul-betul tengah town. Untuk 1 malam harga dalam RM 150.73 tanpa breakfast (harga dalam website Agoda).

 

3 comments:

  1. assalamualaikum
    salam jumaat
    cantiknya

    ReplyDelete
  2. sukalah dok hotel dapat view bilik yang macam ni.tenang jiwa dan raga kan. note tu memang comel lah :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com