13 Nov 2019

Selamat Pengantin Baru Nadyialis Dan Fairuz

Assalamualaikum Readers
 
 
Musim kawen-kawen ni jangan harap nak ada perhentian. Yang ada pit stop kenduri dan kenduri lagi. Bersambung kisah hari kenduri anak saudara Nina tu, nak dijadikan cerita, walaupun dah pukul 2 lebih (habis selfie dengan pengantin terus blah), kami ke Parit Buntar. Rushing drive pikap tunang lagi. Dalam kereta dia cakap kalau kenduri habis pukul 4 tak payah pi. Tapi sebab sayang dan keluar ayat (kalau tak pi kenduri orang, nanti orang tak mai kenduri kita). Haha terus setuju walaupun kesian tak lunch lagi.


Photographer nak kena sumpah dah. Kamera fon kotor tak tolong cuci tapi snap jugak gambar.. Sengal betul. Panas bila tengok gambar ni!!

Cantik sangat Nad, bila jarang makeup sekali kebabommm

 
Ingatkan boleh merasa kenduri orang Perak tapi takda rezeki. Kami sampai tepat pukul 4 petang dan semua dah berkemas. Sedih jugak asalkan tunjuk muka sudah. Kalau tak kerana kami kawan baik masa kerja di Mattel dulu tak kuasa nak pi. Hehe.. Alhamdulillah selamat sudah misi pengantin mendapatkan crushnya suatu ketika dulu. Kalau fikir-fikir balik, rasa nak gelak guling-guling, macam mana si Nad ni mengorat technician yang bajet sombong dan tak dilayan. Kalau sudah tertulis jodoh tak kemana. Selamat pengantin baru buat Nurul Nadyialis Saharin dan Mohamad Fairuz Hanipah | 9 Nov 2019.  


6 comments:

  1. Macam tu la kadang- kadang kenduri bertindih kan..serba salah nak pi..kalau boleh semua nak pi tapi lokasi dan kekangan masa tu yang buat jadi penghalang...tak dapat makan pun takpe kan asalkan sampai dan tunjuk muka

    ReplyDelete
  2. pengantin mesti happy kwn baik dtg dari jauh..

    ReplyDelete
  3. alaa syg nya gambar kelabu..seb bek gambar yang kedua tu clear..cewah misi mengorat gituw.

    ReplyDelete
  4. Kalau dah jodoh, pasti bersama..
    Cantik pengantinnya..

    ReplyDelete
  5. Tang kalau kita tak pegi kenduri orang, nanti orang tak pegi kenduri kita tu selalu mak pesan 😅. Tu yang manjang pegi kenduri je, hehe

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru dan berbulan madu untuk kawan Nina. semoga berbahagia sampai Syurga.Aaminn

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com