8 Mar 2016

Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta (Astro Ria)


Salam Readers..


Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta | Drama Terbaru Janna Nick | Lakonan Janna Nick dan Shukri Yahaya sebagai pelakon utama. Drama terbaru adaptasi novel Suami Tanpa Cinta di Astro Ria. Dijadualkan bersiaran pada bulan April nanti menggantikan Aku Bukan Bimbo. Sabar menunggu. Kalau lakonan Janna Nick mesti ramai tak sabaq nak tengokkan. Drama sebanyak 16 episod terbitan Pena Creative Pictures. 


Novel Suami Tanpa Cinta

Pelakon utama drama Suami Tanpa Cinta

Shukri Yahaya dan Janna Nick



Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta



Mengisahkan Zaidan Iman atau Aid (Shukri Yahaya) dan Ain Syifa (Janna Nick) berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka. Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.  



Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaupun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu. 



Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu? 


Shukri Yahaya dan Janna Nick dalam Suami Tanpa Cinta
Janna Nick sebagai Ain Syifa



Pelakon drama Suami Tanpa Cinta :

Shukri Yahya - Zaidan Iman
Janna Nick - Ain Syifa
Mark Adam - Rafael
Cristina Suzanne - Alesya
Afzan A.Rahman - Uzair
Sarah Hildebrand - Adura


4 April 2016
Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Isnin - Khamis
10 Malam


5 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com