27 Dec 2013

Astaka Morocco Dan Millennium Monument, Putrajaya

Assalammualaikum.


Lagi berapa hari saja nak masuk tahun baru. Berakhir kisah masam manis 2013. Sedih sebenarnya.. Meh nak sambung kisah terakhir percutian aku bagi akhir tahun ini. Sob..sob. Selepas penat berjalan ke Alamanda dan melihat "Dusun Taman Warisan Pertanian", kami fly terus ke Morocco. Ala dalam 15 minit dah sampai. Dekat je kan. Sebelum fly kita makan aiskrim dulu. Hehe..


Shopping aiskrim lagi.. hehe

Tengs mak ngah belanja BR! Wee ~~


Walaupun hujan masih turun dari pagi hingga ke tengahari, tetap gagah bawa payung ke Astaka Morocco yang terletak di dalam Taman Botani, Precint 1. Rugi kalau tak singgah situ. Kalau tak hujan, konfem aku dah buat Le Tour Maghribi dengan ayah. Lumba beskal best ohh.. 



Terdapat 3 entrance.. Cantikkan


Rekaan dalaman sebijik mengikut seni bina yang terdapat di tempat asal negara "matahari terbenam". Serius cantik senibina Islamnya. Bila agaknya aku dapat pergi ke Morocco. Tiket masuk ke dalam aku tak tau sebab masuk separuh. Di dalam ditanam dengan pohon kurma dan aku suka ukiran khat di dinding. 


Kalau rumah buat macam istana ni kan best



Dah puas tengok, balik dari Morocco terus ke Millennium Monument, Precint 2. Sebenarnya nak cari makan jugak. Dah alang tak pernah ke sana lagi. Apa kata naik ke menara tu bersama payung. Rupanya sepanjang naik ke tiang tu terdapat sejarah pembentukan Malaysia dari tahun 1946 hingga la merdeka. Boleh tengok pemandangan masjid besi dan 2 jambatan kalerfull tu. Boleh tengok gambar waktu malam kat entri "Putrajaya-BSP-Dengkil" :) 


Nampak macam pencil tapi malam cantik sangat tau. Bukan sebarang tiang

Mr Google menunjukkan cahaya di waktu malam. Huii rugi tak pi

Background masjid besi tu. Baruku tahu cermin kaca tu keluar cahaya waktu malam T___T


Nasib baik ayah nak teman aku naik. My mum pula dah nampak cafe kerja jalan2 cari makan jelah. Haha.. Makanan kat Umai Cafe The Lake Garden sangat sedap! Especially lempeng kelapa. Fuhh terbayang pula. Shuhh.. shuhh nyah engkau. Habis sudah episode cuti2 Malaysia aku tahun ini sebelum kami pulang ke Penang malam 2 Dec aritu. Sampai pukul 3 pagi, tidur kejap terus pegi kerja. Lain kali nak datang lagi. Boleh main dengan anak2 Kak Rose a.k.a 4 ekor kucing.


Suka tengok rumah stail Inggeris nie

Rindu dengan Tiger dan maknya kak rose

21 comments:

  1. cantik sangat2 yer?

    ReplyDelete
  2. cantik ar gambar, pakai kamera handphone ke apa nie

    ReplyDelete
  3. aritu pi putrajaya
    tak perasan ade astaka morroco ni. hewhew

    ReplyDelete
  4. Ada feeling2 mcm kt morocco x? ;)

    ReplyDelete
  5. owh , baru tahu waktu mlm cantik cam tu kat putrajaya . selalu gak mlm ke putrajaya , tapi x pernah amik port ttg cahaya2 tuh . adehhh .

    ReplyDelete
  6. Bestnya jalan nina.. akak tak tahu langsung kewujudan astaka morocco tu. Haa... pelbagai tarikan rupanya ada sekitar putrajaya ni.

    ReplyDelete
  7. hmm...sampai meneteskn liur lihat ice cream nya Nin ...hehehe :D

    ReplyDelete
  8. tahiah nina..
    bjaya habiskan etry mlancong sbelum tahun baru..
    saya je x abih lagi tulis.sbab x de masahe.he.. anyway lama x p putraja..memang byak prubahan.. cantik..suka tgok bunga2 yg dtanama..lawa!!!

    ReplyDelete
  9. Bestnya ice cream nina!!!..kita tak pernah sampai sini lagi...

    ReplyDelete
  10. best jalan-jalan di putrajaya.. :D

    ReplyDelete
  11. Rasanya belum pernah sampai lagi saya ke sini.

    ReplyDelete
  12. Putrajaya ni am pergi 10 kali pun 10 kali tu la rasa kagum. Unik dan cantik gila kot tempat dia. BTW Nina apa khabar? Dah nak masuk tahun baru dah ni.

    ReplyDelete
  13. Wahhhh...nina pakai totebag longcham ke tu nina...akakpun ada dua,satu kaler coklat,satu hijau....

    Akak ingat betul2 la nina pergi morocco...hahaha..patut la 15 minit jer......hehee

    ReplyDelete
  14. wahhh...seronok giler jalan2 putrajaya ek..actually tempat yang morrocco tu saya tak pernah tau pun wujud kat putrajaya...hhehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. Hari tu masa ambi IB anak ada nampak Monumen tu...ingat nak singgah bergambo tp anak anak OKje tak mo...panas katanya....
    Yg Moroco tu belum pernah sampai lagi!

    ReplyDelete
  16. Dekat jer morocco yer...hehehe...

    ReplyDelete
  17. Cantiknya :D Nak makan aiskrim juga :3

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © 2025 cik sukα taip Designed by azhafizah.com