1 Jun 2013

Review Novel : Kasih Benar Kasih

Assalammualaikum.


Kali ini dapat juga habiskan novel yang dibeli masa last present untuk internship aritu. 3 novel juga borong masa "Final Year Hangout" tu. Harap tabah menghabiskan kesemua novel. Hehe.. Novel nie mengisahkan ala-ala kawen paksa tapi better sikit sebab diaorang berkenalan dulu before kawen walaupun pilihan keluarga.


Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 4 - 2012
Halaman: 550
Harga: RM21.00


Cerita pasal teruna-dara yang sama-sama cinta tak kesampaian.. cinta putus ditengah jalan.. ditemukan oleh 2 keluarga yang telah lama bersahabat. Keluarga mahu mereka bersatu. Pertemuan yang diatur oleh Safura, ibu Annura dan Nurlaila, mama Dr. Dinzley. Respon spontan Dinzley bila diajukan soal kahwin telah memerangkap dirinya untuk mengenali Annura. Annura yang masih belum berteman walaupun sudah berusia 29 tahun harus mengenali Dinzley, lelaki yang dah cukup umur untuk berkahwin tetapi masih lagi menyendiri.


Annura meminta masa setahun sebelum dia bersetuju berkahwin dengan Dinzley. Annura dan Dinzley bertunang dan bersetuju berkahwin semata-mata menurut kehendak orang tua kerana hati masing-masing pernah dilukai. Annura telah ditinggalkan Haffez dan Dinzley telah ditinggalkan Syirin. Perhubungan Annura dan Dinzley semakin rapat hingga terbit bunga-bunga cinta dalam hati tapi taknak luahkan. Selepas 2 bulan bertunang, Syirin muncul semula dan menuntut cinta mereka yang terputus disambung semula tetapi Dinzley enggan.


Tanpa pengetahuan Dinzley, Annura ternampak Dinzley dan Syirin makan bersama. Betapa pedih hatinya, walaupun belum pasti hatinya mencintai Dinzley. Di kala itu juga, Razlan menyatakan hasrat hatinya. Razlan itu menantu bosnya yang selalu mencari salahnya dan suka mengatanya. Terkejut dengan kata-kata Razlan menyebabkan kepalanya pening. Ketika hendak ke keretanya untuk pulang dia menolak pintu basement sekuat hati menyebabkan Zahil terduduk di belakang pintu. Zahil adik kepada Syirin punya agenda tersendiri bila terserempak dengan Annura. Dia diupah kakaknya untuk menganggu hubungan Annura dan Dinzley.


Kerana janjinya pada Syirin, Dinzley mahu menangguhkan perkahwinan sehingga waktu yang dia sendiri tidak tahu kerana Syirin dikatakan sedang sakit lalu Annura mengambil keputusan membatalkan perkahwinan mereka. Saat ini mereka hampir berpisah. Dalam kekalutan Annura memujuk hati dan Dinzley menyesali diri. Rahsia Syirin terbongkar lalu terlerai janji mereka. Dinzley meneruskan janjinya untuk menikahi Annura.


Dinzley tanpa sedar bukan saja melukai hati Annura, malah hatinya juga sarat menanggung rindu pada keletah Annura. Bukan mudah untuk meyakinkan kembali keluarganya supaya meminang Annura dan bila Annura besetuju, hatinya berbunga. Cuma dia tak tahu ada sesuatu yang sudah tertanam di hati Annura menyebabkan dia tega membalas dendam terhadap suami.


Namun kesabaran Dinzley begitu menyentuh hati. Walau berkali-kali diuji, dia masih setia. Biarpun ditolak banyak kali, Dinzley masih menerima dengan senyuman sehingga berjaya mencairkan ego Annura hingga Annura disahkan hamil. Happy ending.. Wujudkah lelaki yang begitu sabar ini? 

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com