5 Aug 2013

Review Filem The Conjuring (2013)

Assalamualaikum.


Rasanya ini filem seram paling best tahun ni dan diarahkan oleh James Wan, anak kelahiran Kuching, Sarawak. So far semua movie hantu yang dia buat box office worldwide. That's mean ni MEMANG BEST ! Wan percaya pada dunia tahyul. 




Sinopsis:


Filem berdasarkan kisah benar kes yang dikendalikan oleh Ed Warren dan wife, Lorraine Warren. Pasangan suami isteri ini kerjanya tangkap roh hantu, setan (kira bomoh versi mat salleh dan bebas dari bau kemenyan). Lorraine ada kelebihan ala 6 sense. Dia boleh rasa dan nampak benda ghaib yang orang lain tak boleh nampak. Dalam banyak2 kes, ada 1 kes yang paling teruk pernah diselesaikan dan kes tu tak pernah diceritakan kepada umum, jadi James pun buat movie ini. 


Al kisah, ada keluarga baru pindah ke sebuah rumah yang dibeli secara lelong. Keluarga Perron ada 5 orang anak perempuan yang comel dan cantik. Semasa duduk di rumah tu bermacam benda pelik jadi pada family ni. First day berpindah, anjing dia asyik menyalak sambil pandang ke atas. Esok tengok dah mati kena bunuh. 






Malam first pindah, ayah budak2 ni (Roger Perron) jumpa 1 bilik rahsia bawah tanah lepas anak2 dia main Hand & Clap dan terlanggar dinding bilik sampai pecah (ganasnya). Badan mak budak2 ni pula makin hari makin banyak kesan lebam kena gigit. Semakin hari semakin banyak benda pelik dan anak2 Perron menjadi mangsa hantu. Sampai ada yang kena rasuk, kena belasah, kena cekik dan macam2 lagi. 


Filem ni seram start dari permainan "sorok-sorok" dan "tepuk". Scene bawah tanah paling aku terkejut. Sebab dah tak tahan dengan gangguan setan, mak bebudak ni pun minta pertolongan Ed & Lorraine. Seperti dikata, rumah cantik kalau dijual murah confirm banyak jembalan dalam tu. Rumah yang mereka duduk tu dimiliki oleh pemuja syaitan. Akhirnya si Ed & Lorraine terpaksa berhadapan dengan setan yang masuk dalam badan Carolyn. 






Dipendekkan cerita, Ed terpaksa buat exorcism dekat Carolyn. Nak tunggu paderi datang lambat. Tapi tak berapa berkesan sebab setan ni kuat sangat. Lagi teruk bila Carolyn sanggup nak bunuh anak sendiri. Akhirnya kuasa setan tu berjaya dikalahkan kerana sifat penyayang yang tinggi dalam diri dia. Cuma cara Carolyn sembuh dari rasukan agak mudah. Filem diakhiri dengan gambar mangsa kejadian sebenar serta akhbar hasil kajian pengarah. 






Kalau korang tengok filem ni dimulakan dengan kisah pendek mengenai patung Annabelle, salah 1 kes yang dikendalikan oleh Ed & Lorraine.



Annabelle merupakan kisah penyiasatan Ed & Lorraine Warren yang terkenal dengan kes paranormal pada tahun 1970 dan ditulis dalam buku Demonologist. Difahamkan ini ialah salah satu kes paling luar biasa daripada semua kes paranormal yang direkodkan. 


Tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik daripada kedai barang2 lama. Anak patung itu hadiah hari jadi anak perempuannya, Donna. Dia seorang pelajar kolej dan lulus ijazah kejururawatan dan tinggal di pangsapuri kecil dengan Angie (roomates). Donna meletakkan patung itu di atas katil sebagai hiasan dan tanpa perasan pelik hingga kejadian.


Sehinggalah mereka sedar kejadian pelik dan menyeramkan tentang patung tu. Patung seolah-olah bergerak, seperti perubahan dalam kedudukan, semakin lama semakin berubah kedudukannya. Kadang2 patung dijumpai meletakkan kaki di sofa dengan tangan yang dilipat, pada masa lain tegak, berdiri di atas kaki, bersandar di kerusi makan. Sudah berapa kali Donna letak patung itu di sofa sebelum keluar bekerja, lepas pulang ke rumah Donna terpaksa mencari patung tu.


Pada suatu malam, Donna pulang ke rumah dan mencari patung itu dan ia berpindah sekali lagi. Kali ini berada di atas katilnya. Donna memeriksa sesuatu yang aneh. Rasa takut tiba2 bila ternampak kesan titisan darah di belakang tangan dan dada patung itu. Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar. 


Tak lama kemudian, Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins, seorang gadis muda yang tinggal di kawasan sebelum pangsapuri itu dibina. Gadis 7 tahun yang mayatnya ditemui dalam pangsapuri itu. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan mahu tinggal dengan mereka sebelum berpindah ke patung. Sebab itulah patung tersebut berpuaka, kerana roh budak mati dibunuh telah melekat di patung hingga membunuh salah sorang kawan Donna. Sehingga sekarang patung Annabelle disimpan rapi dan tidak dibenarkan ia dikeluarkan atau disentuh sekali pun kotak tempat simpanannya.

1 comment:

  1. Hmm.. movie ni pernah tengok taun lepas kat sc lab..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com