Assalamualaikum Readers
Bahaya Jaundice Boleh Rosakkan Otak Bayi | Bayi sekarang mudah dilahirkan ada jaundice dari bayi zaman 90’an, masa lahir Nina tak ada jaundice walaupun ibu darah O+ . Tak sangka anak sendiri ada Prolonged Jaundice (14 hari selepas lahir). Tidak bahaya tapi ia mungkin tanda hati bayi ada masalah serius.
8 April - Pipi tu dah bambam sejak lahir. menyusu then balik rumah, setiap 3 jam akan datang hospital. Nak melekap di badan, tak gamak nak tinggal mesti nangis . Anak kesejukan tapi apakan daya |
Malam 8 April - Senyap-senyap snap gambar, Harraz dah tidur baru balik sebelum dia nangis balik, macam tau-tau ditinggalkan |
Jaundice Harraz makin kurang, dah makin cerdik, pandai senyum dan ajak bersembang 🥰 Alhamdulillah, hati dah start berfungsi. Umur 1 bulan 14 hari. Sebelum ni asyik tidur dan kurang aktif dari sekarang. Warna kulit lepas keluar wad warna kuning dan kemerahan, bila kuning dah makin kurang, warna dah beransur cerah.
10 April - Sehari lepas discharge hospital, kena ambil darah di Klinik Kesihatan Jalan Perak |
26 April - result darah, tak perlu ke klinik lagi. Kuning dah turun |
Bayi kuning (Neonatal Jaundice) terbahagi kepada 2 jenis : Physiological dan Phatological Jaundice.
Physiological Jaundice - kuning bayi berumur 2-7/14 hari. Situasi yang biasa dan tak semua memerlukan rawatan. Sebanyak 60% bayi akan mengalami jaundice dalam minggu pertama kelahiran.
Phatologic Jaundice - kuning yang dikesan dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan. Perlu rawatan serta merta.
Boleh check kuning dah kurang atau belum bila ditekan kulit bayi akan keluar kuning atau tak. Bayangkan minggu pertama dan kedua berpantang, Nina kena ulang alik hospital menyusu Harraz. Dah discharge kena ambil darah hari-hari di klinik kesihatan. Sedih tengok anak kena cucuk. Nanti Nina share tips nak hilangkan jaundice 🤩
Semoga baby segera sihat..
ReplyDeleteFairus : Alhamdulillah
DeleteBetul..masa akak lahirkan Dania dulu pun ada kuning tapi tak tinggi...tp bidan yang dtg check kat rumah tu insist suruh jugak pergi spital..org spital siap halau balik lagi..x tinggi..last2 tak pergi dh klinik..dia hilang sendiri
ReplyDeleteSA : kalau tak tinggi memang hospital halau balik haha. Skrg tunggu hilang sendiri
Deletebetul, bayi sekarang ni macam common pulak jaundice kan..Alhamdulillah, Harraz dah OK ye :)
ReplyDeleteEdahyu : tulah.. banyak yg ada jaundice. Alhamdulillah :)
DeleteSemoga Harraz membesar dengan sihat. Aaminn..
ReplyDeleteJenuh juga tu Nina ulang alik hospital selama 2 minggu. Alhamdulillah dah discharge.
Azhafizah : Terima kasih fiza. Aaminnn
DeleteJenuh juga dengan pantang tak duduk rumah. Bila discharge alhamdulillah lega
Rata-rata baby mesti akan dapat jaundice ni kan...
ReplyDeleteCuma mak mak kena sentiasa alert la...
Alhamdulilah baby harraz dah makin sihat ye :)
Ako : Ha’ahh mesti ada jaundice. Alhamdulillah makin naik berat :)
DeleteAlhamdulillah. Syukur baby Harraz makin sihat.
ReplyDeleteAlhamdulillah baby dah ok.. Fasa nie memang menakutkan ibu bapoa..
ReplyDelete