Assalamualaikum Readers
Resepi Biskut Florentine | Antara biskut kegemaran dan biskut have-have sebab harga bahan amatlah pricey but sokay janji sedap dikunyah dan crunchy. Biskut ni Nina try buat tahun 2018, tertinggal lama dalam draft. Tahun ni tak dapat buat biskut raya jadi Nina order saja.
Biskut Florentine |
Bahan-bahan utama |
Bahan pun sikit sahaja dan nak buat pun mudah. Jangan letak adunan tebal sangat nanti tak sedap dan tak ranggup 🤭 Di bawah ni step by step cara nak buat biskut orang kaya. Hahah
Gunakan cup yang sesuai untuk sukatan |
Bahan-bahan :
500g tepung florentine (bakery ada jual 1 pek)
500g almond slice
200g biji labu hijau
100g kuaci putih
40g bijan hitam (boleh guna bijan putih & bakar 2 min)
Bakar pada suhu 170-180c selama 10-15 minit. Api atas dan bawah. Siap!
Biarkan sejuk sebelum biskut dikeluarkan dari cup
*suhu bakar kekacang dalam 150c - 160c
*semua kekacang bakar sekejap dalam 5 minit
*tepung florentine dah siap ada gula @ karamel jadi tak perlu letak bahan tambahan
Bakar dulu selama 5 minit |
Gaulkan kesemua bahan |
Siap dibakar |
Antara biskut raya yang boleh dimakan sebab tak ada telur 😂😂 Kalau tak faham boleh tengok tutorial di IG atau pun youtube. Selamat mencuba ☺️
kenapa xleh makan telur, cik nina takut kolesterol ke? ;p
ReplyDeleteWL : telur bt luka bernanah
DeleteMudah saja rupanya buat biskut ni.. saya pernah makan, memang sedap. Penuh dengan kekacang
ReplyDeleteFairus : betul suka kunyah kekacang
DeleteBahan-bahan pun mudah je . InsyaAllah ada masa nak try buat juga biskut ni
ReplyDeletesedap dan mahal kalau nak beli ni
ReplyDeleteKak nina tak boleh makan telur ke atau sebab berpantang tak boleh makan telur?
ReplyDeleteTapi biskut florentine tu favorite jugak! Makan sambil tengok drama memang tak sedar, tahu tahu habis hahahaha.
Atiqah : berpantang tak boleh makan telur utk elak luka bernanah dan gatal. Biskut ni berhantu tak tahan lama hahahah
DeleteSelamat membiskut
ReplyDeleteIni memang biskut orang have-have heheheee... pernah buat untuk raya, dan laku keras!
ReplyDeleteAmie : biskut have-have mesti sedap
DeleteBiskut raya kayangan ni. memang pricey dan have have. Tapi cara nak buat dia senang. Sedap pulak tu kan :)
ReplyDeleteAKAK BELI JER...X RETI LA NAK BUAT
ReplyDeleteKalau g raya rumah orang, cari ni lepas Almond london
ReplyDeleteTeringin nak buat tp xde masa jaaa.huhu
ReplyDeletetlg pos sikit sy x mkn lg kuih ni thn ni hahaha
ReplyDelete