17 Jul 2013

Giveaway Pheonix

Assalammualaikum.



Klik banner kalau nak join sekali


Terima kasih kepada Pheonix kerana menjemput untuk join. Takda cerita yang best sangat pun pengalaman di bulan puasa.


Ceritanya begini:

Pengalaman di bulan puasa ketika masih lagi belajar cara berpuasa penuh. Rasanya start belajar puasa masa umur 8 tahun dan dalam sebulan tu 2x jadi kes yang sama. Ada kali pertama tu aku ikut jiran pergi bazar ramadhan, tengah puasa ni dengan sabar sambil beli macam-macam (dah nama pun budak-budak) Kiranya lagi berapa minit nak berbuka, tengah berjalan balik rumah boleh pulak aku minum air sirap yang dibeli sebab tengok anak jiran tu syok minum air. Jawabnya balik rumah kena marah. Apasal la aku nyanyok sangat. Kali kedua pula dah bersungguh-sungguh nak puasa penuh ni ada la satu hari tu, bangun dari tidur dalam keadaan mamai, pening lalat semua ada lah sekali tengok jam dinding dah pukul 7 (jam dah mati), tengok makanan dah dihidang apalagi duduk baca doa sambil makan. Kena marah lagi nampaknya. Mak tak bagi makan sekali sebab aku tak puasa. Sob..sob.


Kesimpulannya disini, memang banyak halangan time nak belajar puasa tapi yang sedih tu duit upah kalau cukup puasa tak dapat. Sedihnya.. Merajuk la apa lagi. Nak duit jugak, maka aku ikut kawan sekolah pergi terawih. Nak belajar berterawih pulak (haih macam-macam nak dibuat) Balik terawih simpan telekung dalam beg, singgah taman permainan kat rumah tu boleh pulak main mercun. Main-main sampai tak sedar jam dah pukul 11 malam. Balik rumah kena duduk luar setengah jam. Meraung/menangis la depan rumah tu. Akhirnya bila dah masuk darjah 3 boleh puasa penuh sebulan. Hehe :)


25 comments:

  1. wah!!!!lagik otai neh....hehehehe...memacam cite mase kite kecik kan...kalau diingatkan balik macam best jer buat mende camtuh walaupon kekadang kite x sedar(kecik lagik)hehehehe...best btol pengalaman....n,way,thanx coz sudi join GA sy....mungkin anda pemenang 2 hadiah???semoga berjaya!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. biasa la cerita masa kecik2. Best sgt dapat buat macam2.
      ur welcome pheonix..terima kasih

      Delete
  2. hahaha.. aku tak ingat sangt citer masa aku berpuasa masa zaman kanak2..

    lagipun, cerita puasa aku tak ada yang menarik.. sama je macam orang lain. :D

    ReplyDelete
  3. ehheeheh..kelakar jugak! >.< ada ke mamai smpai cm tu skali..keekkeek...

    sy pun x puasa penuh jugak masa kecik2.. kalau xtahn lapar..ckp kat mama... mama kasi berbuka.. hooreey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..mamai tahap teruk tu.
      susah sikit kalau nk berbuka. ketat undang2nya

      Delete
  4. wah all the best tau,tadi pun kak lea baca kat blog aisya lieza.owner segmen pun ada ajak join.nanti free kak lea cubalah join best jugak he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak lea. hehe
      join la sbb nampak best jugak

      Delete
  5. gudluck sis..

    ReplyDelete
  6. Haha~ macam2 pengalaman berpuasa masa kecik kan. Semua jadi kenangan manis bila dikenang balik ^^ Anyway, good luck yang! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..rindu pulak zaman kecik2. Kenangan manis yg susah nk dilupakan :)
      tengs yang! :D

      Delete
  7. seronok berpuasa di zaman kanak-kanak dulukan?

    ReplyDelete
  8. he3..bkan ke xsgaja nmnya 2??? =)

    ReplyDelete
  9. datang sineh klik iklan jap...hehehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..hehehe
      nanti balas kunjungan

      Delete
  10. tahniah!!!!sis pemenang hadiah saguhati!!!
    topup rm5 by pheonix....
    http://pheonixcharlotte.blogspot.com/2013/07/senarai-pemenang-pheonix-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke.. Alhamdulillah. terima kasih pheonix!

      Delete
  11. Assalamualaikum yangg. good luck ye. hadiah bahagi dua tau? hehe selamat hari raya in advance buat awak sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam yang.. dah dpt pun hadiah topup. hehe
      selamat hari raya juga buat sheila sekeluarga :)

      Delete
  12. Lalala.. sayangnya.. hampir nak buka puasa dah.. hehe angkara air sirap..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com