Assalamualaikum Readers
Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill Di Cameron Highland | Restoran Steamboat and Grill Pilihan Di Cameron Highland | Cuti-cuti bulan ni kemana korang semua? Bulan September tahun ini paling best sebab cuti banyak. Hahaha.. Cuti Hari Malaysia kali ni, Nina ke Cameron Highland memandangkan dah agak lama tak ke sana dalam 7 tahun lebih jugak lah. Kalau sebut nak ke Cameron Highland cuti weekends, boleh terbayang kesesakannya tapi Alhamdulillah masih boleh bergerak ke sana sini walaupun keadaannya hampir setiap hari hujan. Bila sebut pasal jalan-jalan mesti nak cari makan, mula lah dalam otak kepala nak cuba segala jenis makanan yang ada di Cameron ni. Bila lagi nak lepas gian craving tu. Restoran Taman Apple Cameron sebelum ini dikenali sebagai Taman Abang. Lokasinya di tengah-tengah pekan Tanah Rata bersebelahan dengan Hotel Cool Point.
Banner di luar entrance restoran TAC |
Pasu-pasu bergantungan. Cantik buah tomato |
Boleh berOOTD |
Pagi Sabtu lepas, lebih kurang pukul 8.00 pagi, Nina dah gerak ke Cameron Highland, cuaca elok dan perjalanan dipermudahkan Allah dalam pukul 12.30 tengahari dah sampai di Restoran Taman Apple Cameron untuk menikmati makanan tengahari. Nina dan tunang dapat mencuba Nasi Lemak Ayam Bakar dan Kambing Bakar. Meh Nina nak kongsikan jalan-jalan ternak lemak untuk korang yang merancang nak bercuti di Cameron Highland nanti. Sebenarnya
ini semua 'unplanned trip' jadi Nina ambik kesempatan untuk 'short
vacay' selama 2 hari 1 malam di Cameron Highland. Alang-alang ke sini, sambil tu boleh cuci mata.
Kalau mampu nak cuba semua |
Tengah buat keputusan yang amat susah. Haha |
Restoran
Taman Apple Cameron ini boleh dikategorikan sebagai syurga makanan di
Cameron Highland. Hanya stop by setempat dan nikmati pelbagai jenis
makanan dan minuman yang akan buatkan diri rasa nak repeat makan di
restoran di sini lagi. Apa
yang boleh Nina simpulkan, kali pertama jejakkan kaki ke Restoran
Taman Apple Cameron ni dah tertarik dengan pasu-pasu yang
bergantungan bersama buah-buah tomato, strawberry dan terung ditambah bunga-bungaan
yang menjalar, mana nak dapat view menarik macam ni kat Penang. Nice
view sesuai dengan kawasan di tempat sejuk. I fall in love for the first time! Sangat sesuai untuk bersama keluarga, untuk honeymoon dan makan bersama pasangan. Pasti akan kembali ke sini
lagi bersama yang tersayang dan akan recommended pada keluarga dan
kawan-kawan. Menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.
Sebelum ke sini, Nina ada buat research, mesti lah godek-godek terlebih dahulu entri-entri blogger yang review di Google. Tempting tengok makanan-makanan yang ada. Selepas baca dari blog ke blog, Nina dapat tau Restoran Taman Apple Cameron ni ada 3 course bermula dengan sarapan, makan tengahari dan juga makan malam (Steamboat & Grill). Buat pertama kali dengar, mesti rasa excited nak cuba makanannya. Tambahan pula salah satu tarikan di sini ialah wajib cuba menu istimewanya, Nasi Lemak Serunding Strawberry dan ada juga Nasi Kukus Serunding Strawberry. Lain dari yang lain dan unik bagi Nina. Ingat Restoran Taman Apple Cameron ingat Nasi Lemak Serunding Strawberry ya!
Sebelum ke sini, Nina ada buat research, mesti lah godek-godek terlebih dahulu entri-entri blogger yang review di Google. Tempting tengok makanan-makanan yang ada. Selepas baca dari blog ke blog, Nina dapat tau Restoran Taman Apple Cameron ni ada 3 course bermula dengan sarapan, makan tengahari dan juga makan malam (Steamboat & Grill). Buat pertama kali dengar, mesti rasa excited nak cuba makanannya. Tambahan pula salah satu tarikan di sini ialah wajib cuba menu istimewanya, Nasi Lemak Serunding Strawberry dan ada juga Nasi Kukus Serunding Strawberry. Lain dari yang lain dan unik bagi Nina. Ingat Restoran Taman Apple Cameron ingat Nasi Lemak Serunding Strawberry ya!
MENU MINUMAN & DESSERT DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON
Pilihan menu jus |
Milkshake yang pelbagai pilihan |
Minuman berasaskan strawberi |
MENU BREAKFAST DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON
Menu breakfast |
Mee rebus nampak sedap |
Nasi impit yang pelbagai |
Style makanan yang disajikan di restoran Taman Apple Cameron ni konsep ala macam kita pi makan di Old Town White Coffee. Menu sangat menarik, tangan pun tertarik nak tekan intercom yang disediakan. Tak perlu korang melambai-lambai tangan macam orang Hawaii nak panggil staf yang sedia menunggu. Pelangan tak perlu berjalan, staf akan layan bak puteri raja.. Order apa saja. Haha.. Paling penting, layanan mesra dan tak lekang dengan senyuman. Order tak sampai 20 minit dah sampai. Cepat betoi servis kat sini. Bak orang kata customer always right.
Pilihan untuk breakfast, kami berdua pilih menu Nasi Lemak Serunding Strawberry dan Nasi Lemak Rendang Ayam. Ini kali pertama Nina cuba serunding strawberry. Rasanya manis-manis buah strawberry, rupanya bak serunding ayam. Nasi lemak serunding strawberry dihidangkan bersama telur rebus, hirisan timun, ikan bilis dan sambal yang mabeles.
Nasi Lemak Rendang Ayam pula paling tak menahan rendang ayamnya. Siap berebut nak habiskan kuah rendang. Sedap sungguh, terasa kesedapan rendang tak ubah macam masakan mak. Korang boleh juga cuba Nasi Lemak Biasa dan Nasi Kukus Serunding Strawberry. Kerana space perut dah tak muat, Nina tak sempat merasa Laksa Johor dan Bihun Soto. Nampak menarik jugak ni. Apakan daya terpaksa 'surrender' awal. Ada rejeki ke Cameron lagi, boleh cuba nanti.
DINNER STEAMBOAT & GRILL DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON
*Kambing BBQ
*Kambing Black Pepper
*Ayam Black Pepper
*Ayam BBQ
*Ayam Kunyit
*Lala
*Ikan Dory (sedap)
*Udang
*Sotong
*Telur
*Cendawan Jarum
*Cendawan Batang
*Tomato Ceri
*Taugeh Cameron
*Salad Muda
*Salad Kerinting
*Jagung
*Siu Pak Choi
*Sayur Lajah
*Yo Mak Tam
Side dish juga ada seperti bubur jagung, buah oren dan tembikai. Tak dapat merasa sebab dah kenyang. Menarik kat restoran TAC ni ialah ada bermacam jenis kek yang buat mata Nina naik juling. Kalau korang berkunjung ke sini dan kebetulan pada hari ulang tahun atau hari lahir orang yang tersayang, tak payah susah-susah cari kedai kek. Kat sini pun ada..
Buat yang merancang ingin bercuti di Cameron Highland, jangan lupa masukkan Restoran Taman Apple Cameron dalam list JJCM korang ye. Recommend sangat-saangat untuk sesiapa yang dating bercuti bersama keluarga dalam group kecil atau besar. Harga makanan disini juga berpatutan.
Tekan butang untuk order |
Restoran Taman Apple Cameron menyediakan menu makanan yang disertakan gambar dan siap display setiap menu-menu yang ada di skrin TV. Senang nak buat pilihan makanan yang ada. Gambar yang korang nak makan sama macam dalam menu ok. Jadi bersabar lah tahan air liur dari meleleh tu. Memang bukan di alam mimpi. Nina bercakap berdasarkan pemerhatian, bukan semua restoran akan pamerkan portion makanan yang sama dalam buku menu. So ini tempatnya!
Pilihan untuk breakfast, kami berdua pilih menu Nasi Lemak Serunding Strawberry dan Nasi Lemak Rendang Ayam. Ini kali pertama Nina cuba serunding strawberry. Rasanya manis-manis buah strawberry, rupanya bak serunding ayam. Nasi lemak serunding strawberry dihidangkan bersama telur rebus, hirisan timun, ikan bilis dan sambal yang mabeles.
Nasi Lemak Serunding Strawberry & Nasi Lemak Rendang Ayam |
Nasi Lemak Rendang Ayam pula paling tak menahan rendang ayamnya. Siap berebut nak habiskan kuah rendang. Sedap sungguh, terasa kesedapan rendang tak ubah macam masakan mak. Korang boleh juga cuba Nasi Lemak Biasa dan Nasi Kukus Serunding Strawberry. Kerana space perut dah tak muat, Nina tak sempat merasa Laksa Johor dan Bihun Soto. Nampak menarik jugak ni. Apakan daya terpaksa 'surrender' awal. Ada rejeki ke Cameron lagi, boleh cuba nanti.
MENU LUNCH DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON
Semua nampak menarik |
Tak dapat cuba yang ini |
Masa Nina sampai restoran tu, hujan lebat baru reda. Apa lagi perut pun berkeroncong mintak makan. Ada set makanan sihat, boleh cuba set lauk bakar. Tunang nak cuba Set Nasi Beriani tapi tak ada. Nampaknya nak kena mai Cameron lagi ni. Hehe.. Bagi korang yang tak makan ayam atau daging, boleh cuba menu ikan bakar, ikan pais, ikan masak tempoyak dan juga kari ikan. Belek punya belek menu makanan, akhirnya kami pilih Nasi Ayam Bakar & Nasi Kambing Bakar bersama air Strawberry Lemonade. Belum pernah cuba lagi air strawberry lemonade. Memang rasa kelainan.
Set lunch kami berdua |
Nasi Kambing Bakar. Daging juicy! |
Nasi Ayam Bakar pun sedap |
Kesedapan kambing bakar yang juicy dan tekstur daging kambing yang dimasak begitu lembut, membuatkan tunang makan dengan berselera. Nina suka ayam bakarnya yang crispy dan saiz ayam juga besar, sepadan dengan harga. Memang berbaloi. Alhamdulillah, hilang lapar kami time hujan di Cameron Highland petang tu. Sebelum kami start ber'steamboat, Nina ke ladang the sementara nak checked in dan nak perut ada space sebelum kami dinner. Haha.. Lepas penat 'buang lemak berkrim disukai ramai' turun naik tangga di Cameron Valley, Nina pun terjah restoran Taman Apple Cameron semula untuk menikmati hidangan makan malam romantik. Haha.. Gurau saja. Make sure korang datang awal dalam pukul 5 petang ya. Kalau tak, ramai orang.
DINNER STEAMBOAT & GRILL DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON
*Kambing BBQ
*Kambing Black Pepper
*Ayam Black Pepper
*Ayam BBQ
*Ayam Kunyit
*Lala
*Ikan Dory (sedap)
*Udang
*Sotong
*Telur
Bahan-bahan untuk steamboat juga |
*Cendawan Jarum
*Cendawan Batang
*Tomato Ceri
*Taugeh Cameron
*Salad Muda
*Salad Kerinting
*Jagung
*Siu Pak Choi
*Sayur Lajah
*Yo Mak Tam
Selesai checked in dan mandi manda, kami ke restoran TAC untuk dinner. Apa yang bestnya, menjadi trend di Cameron untuk makan malam mesti lah berasaskan steamboat dan grill sesuai dengan suhu sejuk di Cameron Highland. Pilihan bahan steamboat yang boleh diambil berulang kali dan terdapat banyak pilihan makanan tambahan seperti nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak pandan termasuk beraneka pilihan air panas dan sejuk bersama aiskrim dan ais kacang. Lama juga Nina tak bersteamboat ni.
Bahan mentah untuk steamboat pun banyak pilihan. Perapan BBQ segera dan sayurnya juga pelbagai pilihan. Semuanya dimasak sendiri di atas dapur grill dan boleh pilih sama ada Tom Yam atau Sup. Untuk dinner ni semuanya layan diri ya. Nina pilih kuah Tom Yam dan kuah juga boleh ditambah jika perlu tanpa dikenakan caj tambahan.
Aiskrim Malaysia strawberry |
Aiskrim coklat terlalu beku, tak dapat makan |
Make sure datang awal, steamboat and grill ini bermula seawal jam 5 petang, datang time tu baru tak crowded. Mudah nak pilih makanan tanpa perlu menunggu dan berebut makanan. Makan pun smooth saja jika datang awal. jangan terkejut kalau korang nampak aiskrim. Nina pekena aiskrim strawberyy dan vanila bersama sos strawberry, sayangnya perisa coklat tak boleh ambil, terlalu beku la. Alaaa.. Kats sini juga ada jual aiskrim Malaysia strawberry tau. Cuba la memang sedap.
Side dish juga ada seperti bubur jagung, buah oren dan tembikai. Tak dapat merasa sebab dah kenyang. Menarik kat restoran TAC ni ialah ada bermacam jenis kek yang buat mata Nina naik juling. Kalau korang berkunjung ke sini dan kebetulan pada hari ulang tahun atau hari lahir orang yang tersayang, tak payah susah-susah cari kedai kek. Kat sini pun ada..
PILIHAN KEK, DONUT & PAVLOVA
Disini juga ada pelbagai jenis dessert antaranya variasi kek, donut dan pavlova. Korang boleh cuba Strawberry Cheese Cake! Nina suka rasanya yang cheese yang lemak ditambah rasa masam strawberry. Kurang rasa muak.
Donut chocolate pun ada |
Strawberry Layered Cake |
Strawberry Cheese Cake sedap!! |
Chocolate Indulgence |
Pavlova crispy |
*Scone Plain - RM 6.90
*Oreo Cheese Cake - RM 8.90
*Brownies Ice Cream - RM 6.90
*Red Velvet - RM 8.90
*Donut Chocolate - RM 8.90
*Strawberry Cheese Cake - RM 7.90
*Chocolate Indulgence - RM 8.90
*Pavlova - RM 7.90
*Donut Chocolate - RM 8.90
*Strawberry Cheese Cake - RM 7.90
*Chocolate Indulgence - RM 8.90
*Pavlova - RM 7.90
Pasti menjadi pujaan hatiku |
Pavlova lain dari yang lain. Agak unik |
Strawberry cheese cake paling Nina suka |
DEKORASI
& KEMUDAHAN DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON YANG SELESA &
STRATEGIK
Di pintu masuk belakang |
Meja yang banyak |
Meja untuk bersila pun ada |
Apa
yang menarik di Restoran Taman Apple ini? Pertama mestilah strategik
dan hanya 5 minit jalan kaki dari hotel yang Nina menginap. Tak tahu
pun, just hentam booking saja. Nasib lah area Tanah Rata juga.
Pastikan korang stay di tengah-tengah pekan Tanah Rata tau. Lepas ni
tahu dah nak menginap kat mana kalau datang ke Cameron lagi. Hehe..
Tempat makan yang selesa, meja yang luas dan bersih, teratur. Banyak
tempat untuk OOTD atau selfie. Ruang parking pun luas dan tak ada masalah
nak letak kereta.
Tandas
yang selesa dan bersih cuma lebih elok sediakan tisu sendiri. Di luar
pintu masuk restoran tersedia kiosk jualan, disini ada jual Serunding
Strawberry yang digunakan untuk menu nasi lemak serunding strawberry. Apa
yang Nina sukakan restoran TAC ni bila terpandang papan A besaq
gedabak di kaunter bayaran menunjukkan bahawa restoran ini dalam gred
kebersihan premis makanan bertaraf A. Bagi perokok dan penghisap VAPE, di sini dilarang sama sekali. Korang kena keluar dari restoran.
Buat yang merancang ingin bercuti di Cameron Highland, jangan lupa masukkan Restoran Taman Apple Cameron dalam list JJCM korang ye. Recommend sangat-saangat untuk sesiapa yang dating bercuti bersama keluarga dalam group kecil atau besar. Harga makanan disini juga berpatutan.
Alamat : 891-A, Persiaran Dayang Indah,
39000 Tanah Rata, Pahang.
Waktu Dibuka : Isnin - Jumaat (Tutup pada hari Rabu)
8.00 pagi - 12.00 pagi
Facebook : Restoran Taman Apple Cameron
Instagram : Restoran Taman Apple Cameron
bestnya! sha duk rumah je, hujan :3 hahahaha
ReplyDeleteGiler banyaknya makanan..terus rasa nak pi sini barang sehari dua..semata2 berehat dan makan aje..kan best kan?
ReplyDeleteLately banyak betul makanan yang beasaskan strawberry ni. Menarik sangat tapi tak tahulah berani cuba ke tak.
ReplyDeletewahh..sedapnya kambing & ayam bakar...mcm2 produk strawberi, serunding tu yg unik..
ReplyDeleteTelan air liur tengok semua gambar makanan.. Q_Q
ReplyDeletedah lama tak bercuti ke cameron;)
ReplyDeletealaaaaa tak tahu pun kewujudan restoran ni! Dah lah cantik, menu nampak best, bersih pulak tu
ReplyDeleteSelamat bercuti dan JJCM
ReplyDeletewaah dia da sampai daa sini best ke ? ritu pegi surrender sebab ramai gila orang. hahaha x larat nak tunggu turn.
ReplyDeletenak cuba tu yang viral tu sambal strobery eheh tapi skrng ni kalo ajak mak p lagi dia xmo da. dia malas orang ramai. hahaha normal laaaaa mak benda viral =P
ReplyDeletedah pernah rasa nasi lemak sambal strawbery dia tu. bagi saya ok je..
ReplyDeletedah rasa lapar and tak sabar nak pegi cameron !
ReplyDeletemacam tau2 je aku nak pergi cameron bulan depan. kena singgah ni. tapi nina tak sebut berapa harga sekepala untuk steamboat tu...
ReplyDeleteMenarik sangat TAC restaurant ni Nina, bersih memang LZ suka sangat..
ReplyDeletePost Nina akan LZ jadikan panduan bila ke CH nanti.
Thank you for sharing..
semuanya nampak sedap x ada yg x sedap...pavlova plg menggoda
ReplyDeleteSedapnya lah tengok makanan2 yg nina post ni...bila la nk pi CH ni
ReplyDeleteRamai pula yang share pasal restoran nie.. membuak-buak perasaan nak ke sini.. Menu nya best best..
ReplyDeleteSaya tk pernah pergi 1sti tempat ini ak tahu di sebelah mn...boleh bg tahu location lengkap tak?hotel ape yg paling dekat dgn tempat ini..
ReplyDeleteDh bagi location lengkap.. berdekatan dgn cool point hotel dan starbucks Tanah rata
Deletedia kira sekepala berapa?kanak2 wrga emas?boleh makan semuanya tanpa had ke?
ReplyDeletetak pasti harga untuk steamboat berapa untuk tahun 2019. Boleh contact restoran untuk harga terkini.
Delete