28 Sept 2018

K FRY Urban Korean Di Holiday Villa, Johor Bahru

Assalamualaikum Readers
 
 
 
K FRY URBAN KOREAN, HOLIDAY VILLA JOHOR BAHRU | Sambungan kisah weekdays bulan 8 lepas. Haha.. Lama benar nak habiskan cuti-cuti dalam Mesia apatah lagi entri Taiwan. Maigodd.. Dalam entri [sini] Nina ada mention nak jumpa Blogger Johor. Dah lama teringin nak makan sini sebab kat utara tak ada branch. Nasib Ein sudi teman makan kat sini siap belanja. Maceh Ein.. Muahh.. Muah. Akhirnya dapat juga makan sini. Hehehe.. Semoga murah rezeki Ein sekeluarga. No pork, no lard, no alcohol



Ini la blogger Ein. Kenal tak?
 
Menu K FRY Urban Korean
 
Setiap kali selfie mesti budak ni suka sorokkan badan. Petua nak nampak slim
  


Apa yang membuatkan Nina craving sampai sanggup fly ke JB semata-mata nak makan di restoran ni? Sebab makanan Korea kat sini tak menahan, air liur meleleh membasahi pipi. Hahaha.. Nasib baik Ein dah book meja siap-siap, kalau tak melangut beratur tunggu giliran dari anak-anak tangga. Mak ai memang ramai betul warga JB yang dating makan walaupun time sampai tu hujan lebat. Tak pernah tak ramai orang kalau ke restoran ni. Meh tengok menu apa yang kami order petang tu. Hehe.. Tak habis makan sampai kena tapau bawa balik hotel.



Kimgaru Bokkuembap (Seaweed garlic fried rice served with a runny egg river & soya cutlet)


Bulgogi Jeon Gol (Classic Korean stew with marinated bulbogi, lebih kurang macam maggi tom yam)
 
Bulgogi Beef Fries (Sliced succulent chicken topped on premium straight cut fries & garnished with red & green onions)
 
Yangnyeom Wings (Traditional Korean sweet & tangy sauce - Rasa pedas-pedas lemak)

Ayam bumbuk sudah mari. Ini paling memikat hati

Step by step nak makan ayam cheesenya. Staff panaskan cheesenya dulu sehingga meleket lepas dah cair baru salutkan dengan ayam
 
 
Original Cheesy Fried Chicken Bumbuk (Sedap dimakan pedas-pedas, ada 3 flavour)
 
 
Air Strawberry Will Kiss Wilkis. Sedap sangat, tambah-tambah makan makanan bercheese


 
Overall memang puas hati makan kat sini dan berbaloi. Staff semua friendly. Harga total Ein bayar bawah RM 150.00 . Worth it to try! Setakat ini ada 4 branch di Malaysia. Boleh tengok di website : www.kfry.my/
 
 
  • Holiday Villa Johor Bahru
  • Old Street Batu Pahat
  • IOI City Mall Putrajaya G26
  • 1 Utama LG221A Old Wing

10 comments:

  1. Ray xde rezki lg nak merasa kfry. in shaa Allah soon

    ReplyDelete
  2. memula bc tajuk bunyi mcm KFC...wahhh jauh nina mkn KFC smpi ke johor ;-)

    ReplyDelete
  3. ayam goreng Korea ni memang sedap...terliur la pulak

    ReplyDelete
  4. Sampai sekarang tak dapat merasa lagi K-Fry ni.

    ReplyDelete
  5. Ayam salut cheese tu nampak paling best..

    ReplyDelete
  6. p/s

    https://aniesandyou.blogspot.com/2018/10/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html

    ReplyDelete
  7. setiap kali pegi mesti ramai beratur, memang tak sanggup nak beratur sama :D

    ReplyDelete
  8. Wah meriah sungguh makanan.. Patutlah Nina sanggup fly ke JB, memang berbaloi-baloi kepada penggemar makanan Korea..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com