Assalamualaikum Readers
Feri Pulau Pinang Dalam Kenangan | Mulai 1 Januari 2021, tiada lagi perkhidmatan feri untuk kereta dan pejalan kaki. Hanya untuk kegunaan moto dan basikal sahaja. Ya faham Penang Port memang rugi banyak sebelum kedatangan Covid lagi dan berlarutan hingga ke hari ini. Bila pelancong tak ramai, nak naik feri pun kena tunggu sejam. Sejak beli kereta, dah jarang naik feri walaupun terminal dekat depan rumah.
23 Dis 2020, hubby balik kerja naik feri. Terutama orang Penang sendiri, mesti sedih bila tak boleh naik feri. Dulu balik kampung, shopping dan pi review job dengan blogger, mesti Nina jalan kaki dari rumah, naik feri dan naik bas, tak payah hadap jammed. Lepas ni kami tak dapat nak bawa anak naik feri macam dulu-dulu dah. Suasana dah berubah, zaman pun dah berubah. Harap Penang Port dan kerajaan negeri fikir balik setakat feri bawa moto dan basikal baik simpan jadi besi buruk.
Haah LA pasal motor dan basikal sahaja.
ReplyDeleteHarap ada pembaharuan atau yang hendak ambil alih feri untuk kereta.
Rindu xaman duduk USM, selalu gak naik feri. Tapi tulah, zaman dah berubah. Penang Port pun dah kaji untung rugi. Lagi pulak musim pandemik ni,tourist xde
ReplyDeleteKenangan naik feri ni. Dulu kalau datang Penang mesti tak lepaskan peluang naik feri. Lepas ni tak dapat dah. Kalau nak re open semula untuk kereta kena baiki feri. Sebab dorang risau untuk keselamatan juga tu. Feri dah lama tak boleh nak tampung berat kereta.
ReplyDeleteAzhafizah : Feri sentiasa service sbb bengkel betul2 area rumah. Cuma tak ada keuntungan macam sebelum pandemik
Deleteapa cerita yg skrg ye? masih ada lagi kan...?
ReplyDeletexpernah naik feri kat penang ni..=(
Yaya : Masih ada lg tp untuk basikal dan moto sahaja
Deletewpn x dpt naik feri lg at least ada jg simpan gmbr kenangan dlm feri so bolehlah jd bahan utk senyum dlm tangisan��
ReplyDeleteAnies : Buruk nau muka kalau menangis. Haha
Delete