Assalamualaikum Readers 💚
Homestay Best Di Tanjung Point Residences, Tanjung Tokong, Penang | Cuti Krismas lepas, Nina habiskan masa bercuti dengan keluarga mertua di sini selama 3D 2N. Rezeki jatuh ke riba, MIL dapat staycation free di apartment ni, dari siapa itu rahsia. Hehe.. Sesiapa yang plan bercuti ke Penang boleh stay sini. Memang best sebab menghadap pantai. Bangunan sederet dengan Hompton Hotel. Kami di tingkat 15. Harga semalam jangan tanya. Boleh tengok di Agoda/Booking.com
|
Bilik utama |
|
Toilet bilik utama ni pelik sikit, nak mandi kena turun tangga. Ku sangkakan ada bath tub (bahaya sikit sebab budak boleh panjat di tingkap, jatuh masuk pool) |
|
View pagi dari bilik Nina. Boleh tengok warna air laut berubah ikut masa . Di tengah laut tu Pulau Tikus (ada kubur ulama) |
|
Spesis laki bini kena bawa bantal. Bantal yang ada tak best |
|
Toilet dalam bilik Nina. Simple |
|
Hanger yang disediakan cuma ada 2 sahaja. Kena bawa sendiri |
|
Bestnya bangun pagi tengok view macam ni |
|
Dari balcony terus nampak pool |
|
Pukul 7 pagi dah ada orang mandi laut |
|
Bilik Nina tak besar sangat |
|
Cantik warna air laut, kalau petang dah tukar kelabu asap |
Tak pasti ada berapa tingkat tapi kesemua bilik menghadap laut. Bercuti sambil bawa anak-anak boleh pilih nak mandi laut atau pool. Stay 3 hari pun dah best. DILARANG MEROKOK! Memang kami plan tak nak rentas negeri, tak nak jadi manusia selfish untuk diri sendiri dan keluarga. Bercuti dalam negeri pun dah cukup.
|
Wajib ada mem besaq |
|
Dari dapur |
|
Peti ais ni yang spoil pintunya. Ketat nak buka |
|
Bilik ke 3 (tak ada toilet) |
|
View balcony |
|
Jangan risau Wifi disediakan |
|
Ginger bread! |
|
Walaupun rupamu comel tapi keras |
|
Troli ala-ala hotel disediakan. Apartment hujung sekali |
|
Tak pasti sebelah ni residences nama apa |
|
Musim covid ni tak berani nak mandi pool |
|
Deco di pintu masuk berhadapan dengan lif dan reception |
Apartment ni ada 3 bilik dan 3 bilik air (2 bilik air di dalam bilik), sesuai untuk 6 pax. Jangan risau semua kelengkapan ada termasuk hair dryer dan iron. Setiap bilik lengkap dengan kipas dan aircond. Waktu malam memang sejuk, tak payah buka kipas atau aircond. Syok kena angin laut. Nak cari makan pun senang. Boleh order Food Panda, dekat dengan Tesco dan Strait Quay Mall.
Tanjung Point Residences
Alamat : 508, Jln Tanjung Tokong, 10470 Tanjung Bungah, Penang
No phone : 04-609 1331
Wow... best sangat nampak tempat tu. Kita tunggu setle pandemik dulu kemudian pi holiday kat sana. Thank you info
ReplyDeleteZarida : Pastikan book awal, cepat sold out
Deletetu la bilik mandi die pelik..igtkan ada bath tub..
ReplyDeleteNice views harga sure lebih sikit
ReplyDeleteview dr master bedroom tu best... bgn je pagi selak curtain terus nmpak laut!! salam kenal ye tuan rumah... 1st time ke sini
ReplyDeleteKakmim : Betul best.. salam kenal juga
Deletewah bestnye view....btul...sekarang dah ada kemudahan food panda...xperlu risau bersesak....
ReplyDeleteHenrietta : rider food panda bersesak dlm restoran pun risau jugak
Deletecantik viewww Tanjong Bungah ni.. ni semua bangunan2 baru ni kan..
ReplyDeletedlu xdak lagi.. bangun pagi tngk view laut cemtu bestnya..
SYM : Betul semua bangunan sederet Hompton hotel ni baru punya
DeleteBestnya.. Suka gak staycation macam ni. Rilek2 xde aktiviti pun xpe
ReplyDeletewah nina da smpai tmpt ni..
ReplyDeletesblm yaya p penang ari tu tanjung point ni mmg antara yg masul dalam listing yaya utk tmpt tido..hehe bole thn juga tmpt dia ..yg penting VIEW kannnn..sodap sikit mata ni nak termenung ke luar jendela gituuu ^,^
Yaya : View cantik, bangunan pun masih baru. boleh tahan kalau nk bercuti ramai2
DeleteCantik sangat homestay tu. View pun cantik. Untungnya dapat duduk situ 3 hari.
ReplyDeletesuka tgk set meja mkn tu...kombinasi perabot mmg ngam...
ReplyDeleteCantiknya seaview dari balcony tu. siap ada gingerbread lagi tu.
ReplyDeleteAzhafizah : Memang cantik. Gingerbread keras betul
DeleteSeronok bersama keluarga duduk hotel mengadap laut. Tengok tidak jemu.
ReplyDelete