31 Jan 2021

Resepi Kari Ayam Mudah

 Assalamualaikum Readers


Resepi Kari Ayam Mudah | Sejak jadi bini-bini ni, ada orang rumah beletiaq (bebel) dah lama tak masak gulai ikan/ayam macam zaman tunang. Situasinya market area rumah ni berkerumun beli ikan macam dapat free. Nak beli ayam, sayur pun macam tu. Tak kira makcik-makcik membeli sambil membawang (kena covid baru padan muka). Bengkak hati rasa macam nak tegur. 


Resepi Kari Ayam Mudah


Disebabkan ikan malas nak beli maka jadilah gulai ayam. Kuahnya sedap dicicah bersama roti gardenia 😋😍 Pastikan masak tu kuah lebih sikit. Resepi dari mak ni semua mudah, hang jangan malas masak sudah. Semudah A B C 😎 



Bahan-bahan :


6 ketul ayam

2 biji bunga lawang, bunga cengkih

setengah kayu manis

1cm halia

2 bawang merah

3 bawang putih

1 paket serbuk kari daging BABA'S

1 ketul ubi kentang size besar

6 sudu besar santan

2/3 helai daun kari

1 sudu kerisik

Gula, perasa dan garam secukupnya

Air secukupnya (3 cawang mug)


Tumis semua bahan

Rebus ubi sehingga empuk

Rebus ayam juga hingga masak

Masuk kerisik ngam rasanya


Cara-caranya :


1. Halia, bawang putih dan bawang merah ditumbuk/blend.


2. Tumis bahan tumbuk dan rempah (bunga lawang, kayu manis etc) sehingga naik bau dan masukkan air.


3. Masukkan rempah kari ayam dan kacau sehingga naik minyak.


4. Masukkan ubi kentang dan rebus hingga empuk.


5. Masukkan santan dan kerisik serta ayam.


6. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan perasa secukupnya bersama daun kari. Siapp!


15 comments:

  1. uish sedap ni! nak kena buat jugak ni satgi

    ReplyDelete
  2. kerisik cmtu tu pakai..tunjuk la skit gmbo...org nak belajau masak ni....heheheh =D

    ReplyDelete
  3. tgk Baba's trs teringat youtuber i-chang & jimmy hahaha

    ReplyDelete
  4. Orang utara masak kari memang mabeles. Itulah kan, nak membeli barang malas betul kalau ramai ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Ya, kari kalau tak masuk santan/kerisik tak kaw

      Delete
  5. Sal kalau masak kari tak suka bubuh santan. Biar tahan lama sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Kari tak ada santan macam kari India. Letak santan jd kari mamak

      Delete
  6. Thank you share , selama ni tak pernah letak kerisik . Mesti Cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sophea : Welcome.. Cuba nanti letak kerisik

      Delete
  7. Kalau beli barang tengok orang berkerumun tu yg malas tuu...

    Nampak sedap!! Boleh cuba buat nanti ni!

    ReplyDelete
  8. Hehe untung mak dah ajar mudah masak. Oh kari utara ada guna kerisik rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA : Byk lg menu yg tak sempat belajar. Kerisik buat kuah pekat

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com