Assalammualaikum readers
Jatuh Tangga, Kaki Bapa Patah | Ujian setiap manusia silih berganti kan? Di usia 35 tahun, inilah ujian terbaru buat kami sekeluarga. Risiko untuk warga emas salah satunya tulang mudah retak/patah akibat faktor usia dan penyakit Osteoporosis.
![]() |
2 hari tak boleh berjalan |
![]() |
Nasib baik kaki kiri saja |
Hari rabu lepas, jiran hantar bapa balik ke rumah, Nina dan suami ingatkan keluar rumah lepak kedai makan, kebiasaannya macam tulah. Takkan nak mengongkong tak bagi keluar rumah. Tapi biasalah umur 77 tahun ini perangai kembali ke kanak-kanak jadi di rumah bertambah 2 orang selain Harraz 😂 Entah apa yang difikirkan sampai jatuh tu.
![]() |
MO suruh buat 3 kali X-Ray sebab jatuh dari ketinggian 2 meter lebih. Nasib pelvis dan tulang kaki tak cedera |
![]() |
2 bulan juga nak baik kaki tu |
Selepas 2 hari masih berdegil tak nak ke hospital, takut kena admit. Kalau tak serius, doctor suruh balik rumah. Kalau ke hospital kerajaan, waktu rawatan confirm 5 jam, nasib baik pi hari sabtu. Lepas selesai pasang simen dan ambil ubat dah boleh balik. Semoga dapat pahala jaga ibu bapa kan. Semoga Allah permudahkan urusan 😄
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.