10 Aug 2025

Review Wednesday Season 2 (Part 1)

Assalammualaikum readers


Review Wednesday Season 2 (Part 1) | Selepas kejayaan drama luar biasa pada musim pertama, Wednesday kembali dengan musim ke 2 pada 6 Ogos dan 3 September depan. Untuk musim ke 2, banyak watak-watak selain Enid makin berkembang.



Sinopsis :


Kisah bermula apabila Wednesday mula menggunakan kemampuan psikiknya untuk melihat masa depan dan masa silam seseorang itu. Dia berjaya menangkap pembunuh bersiri dan menyerahkan pada polis. Dalam masa yang sama beberapa misteri muncul bersama masalah yang baru.



Sekumpulan pelajar baru minta autograph Wednesday


Wednesday kembali ke Nevermore Academy pada musim panas bersama adiknya, Pugsley yang semakin tinggi. Setibanya di sekolah, Wednesday menjadi orang yang paling diminati dan ramai pelajar baru taksub dengannya.


Enid mula bercinta dengan Bruno tapi tidak berterus terang pada Ajax. Di bilik mereka ada gambar Wednesday bersama pengetua yang dihantar oleh stalker. Pugsley mula berkawan dengan rakan sebiliknya, Eugene (mampu mengawal lebah dan serangga lain). Pada malam orientasi, Pugsley ke pokok tengkorak dan tidak sengaja ter-bangunkan zombie yang merupakan bekas pelajar pintar Nevermore.



Mata dari mayat yang dibunuh oleh gagak



Pengetua baru, ugut Bianca dan menyuruhnya memujuk ibu Wednesday untuk memberi dana pada sekolah menggunakan pukau. Wednesday secara tak sengaja ternampak mayat kawan kepada bekas syeriff Jericho, Donovan Galpin yang meninggal diserang sekumpulan gagak. Bermula dari itu, setiap gerak geri Wednesday diperhatikan oleh seekor gagak. Dalam masa yang sama Wednesday mendapat bayangan kematian Enid disebabkan oleh dia.


Watak uncle Fester ni dia menghiburkan penonton.

Apa jadi pada Tyler lepas tahu ayah dia mati kena bunuh

Agnes, junior memerangkap penyiasat percuma Wednesday

Apa yang mereka jumpa di bilik bawah tanah Willow Hill?


Berjayakah Wednesday merungkai siapa yang mengawal burung gagak, misteri kematian pelajar-pelajar Nevermore dan bekas sheriff Jericho, ketegangan hubungan ibu dan neneknya, menyelamatkan Enid dengan bantuan pakcik Fester Addams dan junior sekolah, Agnes DeMille (kemampuan halimunan)??

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com