Assalammualaikum readers
Makanan Sedap Di Penang | Kalau ada rezeki lebih, duit di habiskan pada makanan, dah makin berusia ni tak minat shopping kecuali barang dah rosak, habis atau expired. Pulau Pinang memang banyak tempat makan tapi dalam banyak-banyak tu ada beberapa kedai yang kami laki bini kerap repeat. Di bawah ni kedai makanan yang di bahagikan kepada dua iaitu dalam pulau dan tanah besar. Kedai makan yang di bawah ni semuanya untuk golongan B40. Bukan nak riak tau, kalau kita tak support bisnes Bumiputera siapa lagi. Yang fast food tu abaikan 😂 makan sebab teringin.
PENANG (dalam pulau)
 |
Maap chakap, ayam goreng dia buat ketagih |
 |
Roti canai ni kalau boleh tiap-tiap minggu mama ajak pi makan |
 |
Tiap kali gaji, tapi servis slow sikit, kedai pakistan ni kekurangan staf |
 |
Pecah rekod bulan ogos saja 3 kali. Pening dengan Hussaini |
 |
Yang ini kena beli bahan, baru Hussain goreng |
_______________________________________________________________________________________
SEBERANG PERAI (tanah besar/mainland)
 |
2x sebulan sebab sambal gajus sedap!! Kuah gajus tu masin, kena gaul dengan sambal, baru sedap. Cawangan di seluruh negeri
|
 |
Daging blackpepper sedap!! Lokasi belakang UiTM Permatang Pauh. |
 |
Kedai mek klate ni bersebelahan Chabai & Co. Mee celup daging kat sini saja yang Nina rasa sedap. Pure Kelantan. |
_________________________________________________________________________________
Fast Food
Kekerapan makan di tempat yang sama dalam sebulan 1 atau 2 kali dan fast food tu setiap 2 bulan sekali. Makan tempat yang sama salah satunya sebab kena dengan selera tekak, harga tu tolak tepi. Janji makan mesti pinggan licin. Setiap kali makan, snap gambar. Bila scroll separuh dari tahun 2025 ini banyak dihabiskan di restoran yang sama. Kalau mai utara, singgah lah makan di kedai-kedai yang Nina listkan, mana lah tau menepati selera.
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.