21 Aug 2025

Review Norma : Antara Mertua dan Menantu (2025)

Assalammualaikum readers


Review Norma : Antara Mertua dan Menantu (2025) | Filem yang mengundang kebencian penonton sama seperti Ipar Adalah Maut (2024). Di adaptasi dari kisah benar yang berlaku pada tahun 2022 di Serang, Banten.



Sinopsis :


Norma Risma (Tissa Biani) seorang guru dan tinggal bersama ibunya, Riena (Wulan Guritno). Bapanya bekerja di Jakarta sejak Norma kecil dan hanya pulang sekali sekala menjenguk isteri dan anaknya. Norma manja dengan Abdul (Rukman Rosadi), ibunya lebih suka berkurung dalam bilik jika tiada pesanan untuk mi ayam, perniagaan itu dijadikan pendapatan sampingannya. Hubungan kedua orang tuanya dingin.



Riena kadangkala menemani anaknya pergi mendengar tazkirah di masjid. Suatu hari, Norma berkenalan dengan Irfan Wardhana (Yusuf Mahardika) Ketika mengambil barang sagu hati untuk anak-anak yatim.



Terpikat dengan kesungguhan Irfan yang serius dengan hubungan mereka, Norma meminta restu dengan bapanya untuk berkahwin. Perkahwinan Norma dan Irfan tidak direstui oleh Riena namun mereka berdua tidak putus asa. Mereka berdua juga membuka warung Mi Ayam Miriena untuk Riena berniaga sepenuh masa. Malangnya, tanpa pengetahuan Norma, Irfan dan Riena curang bermula di warung hingga ke bilik tidurnya.


Babak kecurangan tidak jauh beza dengan babak dalam Ipar Adalah Maut. Kalau Aris tergoda bila nampak Rani pakai seksi masa berada di rumah, Irfan juga tergoda dengan kecantikan Riena dan bau wangi dari losyen yang dipakai. Norma risau Irfan curang di pejabat walhal musuh ada di rumah.



Lakonan Tissa bagus tapi kelemahan skrip ketika Norma tuduh Irfan curang dengan Etni (Naura Hakim), padahal suaminya pulang ke rumah dalam keadaan penat dan basah lencun sebab hujan. Siapa pun marah kalau kena tuduh lepas balik kerja. Riena yang tolong sapukan ubat untuk Irfan. Irfan ada mommy issue, dengan mudah dia terharu dengan layan lemah lembut Riena berbeza dengan layanan isteri.



Masa Riena bagi tahu dia benci dengan hidup, Abdul lebih kisah dengan penganiayaan Norma daripada faham penderitaan Riena yang stress sejak berpantang. Abdul patut dipersalahkan sebab dia tidak jalankan tanggungjawab seorang suami dan bapa. Bukan salahkan Riena 100% sebab tak pedulikan anak. Banyak lagi review tapi cukuplah setakat itu saja.


🌟🌟🌟🌟/10

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com