Assalammualaikum readers
Review Blood Brothers : Bara Naga (2025) | Filem yang di tunggu-tunggu akhirnya keluar tayangan di Netflix. Filem melayu yang berjaya box office RM 76 juta!! Filem ini di tayangkan pada hari raya Aidilfitri tahun ini jadi tak sempat ke panggung wayang. Watak Jaki menghiburkan, jadi takda lah scene berlawan dari mula hingga akhir.
Sinopsis :
Tema kepercayaan, pengorbanan, dan nilai persaudaraan dalam dunia yang sarat dengan tipu daya. Perjalanan hidup Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) yang berkhidmat di bawah Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga memerangkap sebagai ketua Mafia Naga.
![]() |
Watak Malik menjadi kegilaan ramai |
Sejak itu, Ariff mengangkat sumpah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan di panggil Silent Guard, sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.
Apabila bermulanya pengkhianatan dasyat berlaku dalam dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama kematian Shiela (Amelia Henderson), isteri Ghaz. Dalam keadaan terdesak, Ariff melarikan diri dan mendapatkan bantuan dari abang kandungnya yang sudah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).
Ghaz diamanatkan untuk memburu dan menangkap Ariff lantas menyerahkannya kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam. Mampukah Ariff membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan mendapatkan kembali kepercayaan Ghaz? Atau nasibnya berakhir dengan kematian di tangan Blood Brother yang dianggap seperti abang kandungnya sendiri? Siapakah sebenarnya dalang dalam Blood Brothers yang membunuh Shiela?
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.