11 Aug 2025

Makan Miangpla Di Dusun Riffaa Changlun

Assalammualaikum readers


Makan Miangpla Di Dusun Riffaa Changlun | Kali kedua Nina makan di sini pada bulan Jun lepas, ngam ngam musim durian di Kedah. Dusun Riffaa menyajikan makanan Thai. Antara makanan menu yang paling wajib cuba kalau singgah ke sana adalah Miang Pla. Selain itu, ada juga tomyam, sup, kerabu, pulut ayam, pulut mangga dan bermacam lagi makanan Thai. Makanan vendor, dessert dan air balang pun ada beraneka jenis.


Miang Pla Talapia - RM 39 (Isi ikan lagi sedap! Yang ini try masa pertama kali datang). Boleh pilih samada ikan Talapia atau Siakap.


1st musim raya

2nd musim durian


Pengunjung yang datang ke sini memang tak putus-putus. Pertama kali datang hari weekdays, makan dengan tenang, kali kedua hari sabtu, crowded dengan orang. Nak masuk ke Dusun Riffaa ni agak jauh ke dalam dan separuh jalan sudah ada tar dan separuh lagi jalan berbatu. Memang kena bawa kereta dengan perlahan. Alhamdulillah, kami ikut waze saja. Bab parking tu ikut nasib juga, kali kedua mai dapat parking agak jauh dari pintu keluar.



Suasana makan pukul 5.35 petang hari jumaat

Kertas menu


Cara order : ada kertas menu di kaunter, pilih makanan dan terus bayar. Sementara geng-geng lelaki tunggu turn nak bayar tu, para isteri-isteri terus cari tempat nak makan. Tempat makan banyak dan luas. Ada juga pondok-pondok makan dan pondok rumah yang boleh disewa sekitar harga RM 30-RM 50. Disini self service ya. Nama customer akan dipanggil setelah makanan siap. Kena ambil sendiri di kaunter makanan. Yang ini kena alert.


Miang Pla Siakap RM 39, Kerabu Kaki Ayam RM 12, Daging Berapi RM 29.90

Kerabu Seafood RM 12 (Sedap cukup rasa manis masam dan pedas)


Tandas


Pakej ATV disediakan harga bermula dari RM 50-RM 190


Berbaloi datang ramai-ramai ke sini boleh cuba banyak makanan. Di sini juga tersedia surau dan juga tandas untuk kegunaan pengunjung.


Dusun Riffaa, Changlun Kedah

Waktu Operasi : 11.00 pagi-7.00 malam

Buka setiap hari

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com