7 Aug 2025

Buah Segar Di PakTeh Fruits, Kubang Semang

Assalammualaikum readers


Buah Segar Di PakTeh Fruits, Kubang Semang | Nina, hubby dan mama (mil) pi makan area Bukit Mertajam, alang-alang tu singgah sini sebab tak ramai dengan orang. Kami pi awal bulan Februari lepas, masa tu baru nak mula musim durian di Penang. Motif utama hubby singgah sebab dia nak cuba air Durian Musang King!! Penangan nampak iklan di tiktok PakTeh Fruits. Meh tengok antara buah-buahan yang kami borong.


Sedap dan pekat! Tahun depan nak beli lagi

Beli 1 Percuma 1. Tak cukup beli 4 botol. Harga pun lupa

Nina nak yang sudah siap kupas tapi.....


Last-last mama suruh pekerja kupas buah yang baru

Wajib beli fav anak

Ini pun sama


Alang-alang singgah terus borong buah. Bukan mudah ya nak membeli buah di sini dengan tenang, sebab itu kami pi hari weekdays. Dinasihatkan elak datang weekends sebab ramai orang (macam nak ambil free buah) dan susah nak dapat parking. Alhamdulillah di sini antara kedai buah-buahan segar dan murah milik orang Bumiputera. Kena tengok offer sesetengah buah ada murah ada yang tak.


Sedap dan ranggup

Pun untuk anak sebab takda biji

Mama dengan buah naga tak boleh pisah


Selain buah-buahan tempatan, ada juga buah-buahan import terutamanya strawberi dari Mesir dan air minuman seperti jus atau sparkling. Jus delima original wajib cuba. Layanan staff on top, mungkin sebab kurang pelanggan dan kami borong satu kedai 😂


PakTeh Fruits (waze)

Alamat : PMS 1139, Kampung Pelet, Jalan Guar Perahu, Kubang Semang 14000 Bukit Mertajam.


Waktu Operasi : 10.00 pagi-11.00 malam (Sabtu-Khamis)


10.00 pagi-12.30 tengahari

3.00 petang-11.00 malam (Jumaat sahaja)

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com