Assalamualaikum readers
Badan letih macam majlis tunang sendiri. Bukan penat sangat pun tapi penat buat aktiviti di pantai. Nasib baik buat majlis di Batu Feringghi, kalau rumah sendiri mau terbongkang, nak kemas apa yang patut. Alhamdulillah, selamat sudah SIL no. 2 tunang semalam. Dijangka majlis nikah bulan 7, 2022. Semoga urusan dipermudahkan Allah.
|
Sponsor cupcake. Comel! |
|
Selamat bertunang Aida & Syukri |
|
Pihak lelaki |
|
Cousin hubby. Masih bujang |
Selesai majlis, kitaorang have funnnnnn di pantai. Kesian tengok cousin-cousin hubby yang datang dari Rawang, masing-masing rindu nak mandi laut. Siap belanja naik Donut Slider. Harraz pun mandi laut puas-puas. Jadi anak itik sekejap dengan tok abah dia.
|
Donut Slider - 5 orang |
Malam tu, masing-masing tidur awal. Ada sesuatu yang seram di homestay tu. Agaknya hantu pun bosan sebab PKP, rumah tak berpenghuni. Tak ada aktiviti nak buat 😂 Stress betul duduk rumah ni, kejap-kejap letrik tak ada. Kejap ada, nasib satu taman. Uncle Man (abang FIL), dia nampak lembaga dalam samar-samar cahaya masa letrik tak ada di ruang tamu.
|
Suasana pukul 7.30 pm |
|
Tingkat 3. Nina tidur dalam bilik yang terbuka tu. Nasib hantu tak ganggu |
Kami 3 beranak tidoq di tingkat 3. Nasib tak kena gangguan. Kalau tak, cabut lari balik rumah 😅 Esok pagi, baru Uncle cerita. Dia buat donno lepas nampak lembaga, terus tidoq. Haha.. Rasanya, kami tak nak stay di rumah ni lagi.
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.