11 Dec 2021

Bayar Saman Tinted Di JPJ Pulau Pinang

Assalamualaikum Readers


Bayar Saman Tinted Di JPJ Pulau Pinang | Banyak cobaan harini nak selesaikan saman tertunggak, selagi tak settle tak boleh print roadtax. Salahkan diri sendiri kena saman, dah nampak pegawai JPJ nyorok tepi semak, lalu jugak 😅😅






Sempena hari bayar saman dari JPJ dan PDRM, marilah bayar. Jangan cakap orang kena saman ni buat jenayah, kadang dah berhati-hati pun kena saman jugak dan yang bersih dari saman tu hati-hati la ye. 


Urusan di JPJ Seberang Jaya cepat dari Batu Uban. Beratur dari 8.20 pagi, 15 minit pengumuman sistem down. Nina hantar hubby pi kerja. 9.45 pagi sampai terus beratur (sistem ok). Ini semua trick nak orang balik 😂😂 


Perbezaan ketara bila tak ada tinted. Hubby kata macam duduk dalam aquarium


Koyak tinted serupa koyak duit RM 400

Semuanya cashless. Bayar saman guna card credit atau debit


Di kaunter tak boleh bayar sebab kereta tak buat inspection (buang tinted hadapan, kiri dan kanan pemandu), notis hadir ke mahkamah pun tak pi (sarat preggy). Pi ofis hubby, dia tarik tinted 😂




Sampai JPJ Batu Uban, pegawai test cermin, ambik gambar kereta, check enjin. Dah ok, boleh terus beratur. Beratur 45 minit, pegawai  'pening' bagi no giliran bilik lain, dah tu dapat no baru. Naik bilik 5 (atas). Tunggu giliran, swap kad debit dah settle!


Nina tak marahkan husband sebab dia yang pasang tinted 80% gelap semua cermin atas faktor KESELAMATAN & KESELESAAN isteri dan anaknya. Antaranya :


1. Bahaya drive waktu siang dan malam, orang jahat ni merata kita yang tak tau.


2. Bully road suka kacau


3. Cuaca di Mesia ni panas, sampai ke paha rasa bahang kalau tak tinted.


4. Orang tak nampak apa kita buat dalam kereta etc, melalak, menangis, gaduh, korek hidung.


Next : pi pasang tinted balik 🤣😅 Dah la balik kerja malam, drive sorang. 


7 comments:

  1. Aduhaiii nak tak nak terpaksa jugak bayar kan. Sejak ada diskaun saman ni penuh beratur orang bayar zaman.

    ReplyDelete
  2. Panas itu betul. Kadang-kadang silau.

    ReplyDelete
  3. undang2 ni kadang2 tegas, kadang2 cincau., huhuhu

    ReplyDelete
  4. Ada kebaikkannya tinted ini..
    Tapi tak ada rezeki bila kena cabut dengan JPJ kan Nina..

    ReplyDelete
  5. Bila dpt discount kita pn keluar hbs saman dr 2016 pi byr semua 😅

    ReplyDelete
  6. aduh, bertabah la.
    kereta2 aida, baru 2-3 bulan lepas pasang tinted baru. sebelum ni (selama ni ha ha ha ha) memang akuarium tau :)
    bertangguh nak pasang tinted. bertahun jadik nya! betul dah tu. yg utama is faktor keselamatan. org nampak pe ada kat kereta kita. keduanya, waktu anta anak ke skola satu pagi tu, anak aida inform yg ada lelaki tunjukkan anu dia kat anak aida tau kat trafik light. anak aida dok belakang.
    lepas tu terus mencicit asben aida pasang tinted. ikut spec la. 100% belakang semua. yg depan still setakat yg dibenarkan. menyeramkan dgn apa yg berlaku. anak aida jadik takut!!!

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com