6 Dec 2021

Harraz Dah 8 Bulan!

Assalamualaikum Readers


Sekejap anak dah masuk 8 bulan. Bijak pun ya. Hari-hari cakap mama pi work, harap nanti dia faham lah bukan sesaja parents nak hilang pagi, malam baru nampak muka. Pernah dengar saparation anxiety? Bila nak kena tinggal menangis melalak. Tak nak la Harraz jadi macam tu. 


Peel baru masuk kereta nak di peluk lepas tu tidur

Pakai tudung cantik-cantik lepas tu habis kedut, kena air liur anak


1st time bawa masuk mall ahad lepas, masuk sekejap beli barang lepas tu balik, ramai orang


Semoga Allah lindungi anak-anak kita. Bila anak dah 8 bulan ni, gigi pun dah jadi 4 batang (2 bawah, 2 atas), menyembang bahasa alien, pandai jelir lidah, tarik rambut, tudung, nak susu badan dah pandai selak baju Nina 😅😅


Itu jelah perkembangan baby bila dah masuk 8 bulan ke atas, setiap bulan perangai berubah. Kena berjaga-jaga bila tidur atas katil silap sikit mudah jatuh (pernah sekali). Bahaya menanti kalau alpa. Kalau kaya sah-sah duduk rumah jaga anak 24 jam kan 😂


7 comments:

  1. Alhamdulillah..banyak perkembangan Harraz. Membesar dengan jayanya. Kenangan perkembangan ni lah akan dirindui mak bapak nanti bila anak dah besar :)

    ReplyDelete
  2. Sekejap Jah rasa dah besar Harraz xlama lagi boleh jalan hihihi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semoga membesar dgn sihat..

    ReplyDelete
  4. Kejap sudah besar Harraz. Hehe badan masih nampak semangat sebab selalu kalau dah banyak melasak berat badan turun.
    Hehe sabar melayan karenah Harraz.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    Happy 8th month buat Harraz.. semoga terus membesar dengan sihat.. Aamiin..

    ReplyDelete
  6. alololo... 8 bulan dah ye. moga sihat ye darling Harraz.

    bab tudung herot berot. kena air liur, muntah dan sebagainya, faham sgt.
    bertabah aje la hingga anak-anak besar skit.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com