Salam Readers..
Novel Tukang Masak Tuan Puteri | Selamat bekerja semua, kita masih bercuti. Yeayy.. Selamat sudah baca novel yang tertangguh. Nak tau berapa lama? Sudah 4 bulan pinjam novel ofismate, buat macam harta sendiri pulak. Haha.. Owner buku buat donno. Bertuahnya kalau dapat hubby chef. Bertambah sihat!
Novel Tukang Masak Tuan Puteri |
Sinopsis:
Mengisahkan Azrul yang baru saja menghabiskan pengajian dalam bidang masakan dan mencari kerja. Ibu saudaranya, Sally seorang pereka baju peribadi Puteri Zulaikha. Suatu hari, puteri mahu mencari tukang masak peribadinya dan Sally membawa Azrul untuk di temu duga dan Azrul berjaya menjadi chef peribadi di istana.
Sehingga Azrul dipaksa oleh baginda untuk bernikah dengan Puteri Zulaika hanya kerana Azrul berjaya melindungi puteri dari ilmu sihir selepas seluruh istana terkena pukau. Kerana terpaksa, puteri ikut juga suaminya balik rumah. Bermula episod ngeri. Si Azrul terpaksa mendidik isterinya menjadi perempuan solehah.
Apabila sepupu Azrul menumpang di rumah, bermula kes cemburu puteri dan Syira. Mak long Azrul ingin menjodohkan Azrul dengan Syira. Dulu 'ustazah poyo' sayangkan Azrul. Datang pula, putera Zuhairis nak menyelamatkan tuan puteri.
Kemudian baginda di masukkan ke hospital. Puteri tak balik ke rumah Azrul dan terus tinggal di istana. Sally dan Zuhairis akhirnya bercinta dan bercadang untuk kahwin. Musnah harapan puteri. Semakin lama, puteri semakin rindukan suaminya. Balik ke rumah, Azrul 'berlakon' melayan Syira untuk menguji cinta puteri hingga mak long Azrul memfitnah puteri kononnya ada hubungan dengan Putera Zuhairis.
Puteri dihalau dari rumah oleh Azrul sehingga hari perkahwinannya bersama Syira, segalanya terbongkar selepas mak longnya kena strok. Akhirnya, Azrul berjaya memujuk isterinya.
3.9/5*
Roti jala jiran sebelah rumah |
Kelakar juga novel ni.. Paling best baca sambil makan roti jala.
Gambar roti jala juga yang menarik hati :D
ReplyDeleteJd drama laa pasni
ReplyDeleteoh tidak.. tak nak suami chef, nanti gemuk berganda ... suami tak chef pun dah cukup sihat :p
ReplyDeleteabis la segala yang diusaha di gym. sambil baca novel sambil berkariiii hehehe
ReplyDeletemakan skit tak salah kan...
Dah habis baca novel ni?
ReplyDeleteDah lama tak beli novel. Sdap plak roti jala tu.
ReplyDeleteJiran kasi roti jala? Bestnya ;)
ReplyDeleterasanya macam dah drop komen tapi macam tak masuk disini
ReplyDelete