Salam Readers..
Terjebak tengok telemovie kerana tajuknya yang ada unsur sejenis sayuran yang aku tak makan. Ahaks.. Bagi aku kisah 7 Petola Cinta ni banyak pengajaran supaya manusia kembali ke pangkal jalan plus selalu baca tweet dari Johan As'ari yang berunsur keagamaan. Meh layan kisah 7 biji petola ni.
Poster 7 Petola Cinta |
Sinopsis :
Kerana percintaan dan kes asyik putus tunang membuatkan ayah Habibur terpaksa merancang bagaimana nak mengubah kelakuan anaknya itu. Dia berpakat dengan kawan di kampung dengan menghantar Habibur untuk mencari 7 Petola Cinta di 7 kebun petola yang ada di sebuah kampung.Habibur dibekalkan kompas dan peta untuk ke 7 kebun petola menggunakan basikal. Bukan macam filem 7 perhentian tu. Ini 7 kebun dan setiap tuan kebun akan beri kata-kata nasihat dan Habibur mesti mendapatkan 7 biji petola.Akhirnya setelah berjaya dapat 7 petola dan pulang ke rumah dengan niat berubah dan Habibur insaf. Kemudian ayahnya memulangkan kereta Honda CRV kesayangannya yang dikatakan sudah dijual.Suatu malam ayahnya mengadakan majlis makan malam dan memperkenalkan bakal isteri Habibur. Rupa kawan ayahnya ada anak angkat siapa lagi kalau bukan Uqasha Senrose. THE END.
Kebun Petola Pertama |
Uqasha Senrose jadi isterinya |
makin best lakonan johan sekarang.. layan drama cinta ilahi.. best
ReplyDeleteuish baru dengar rini..
ReplyDeletemaklumla tak tengok tv heheh asyik ngadap laptop =P
macam best je citer ni.. hehe
ReplyDeletepulak dah.. cerita 7 petala cinta tu pun bagi saya agak merapu.. yg ni tak tau la nk kata apa.. hehehe
ReplyDeleteamboi petola pun boleh jadi cerita ya
ReplyDeleteSuka tgk uqasha sejak dia dh bertudung :)
ReplyDeleteJohan pn best ^^
Missed citer ni. Menarik gak jln ceritanya ya :)
ReplyDeleteTengok jugak citer ni haritu. Sebab anak² nak tgk. Layan jugak ☺
ReplyDeleteSuka tengok pelakon ni. Apa nama dia? Pipi chubby2 sikit..then macam blushing.
ReplyDeleteLawak petola yang dia dapat ada gambar telinga, mulut dan macam2 lagi kaan...
ReplyDeletemenarik ceritanya..
ReplyDeletekat mn laa diorg cari ladang petola tu kan ;-)
ReplyDelete