10 Jan 2015

Kisah Mistik Lagu Nina Bobo

Salam Readers..

Pertama kali dengar lagu ni bila mak angkat dodoikan time aku mengantuk. Merengek je mengantuk mesti makcik nyanyikan lagu Nina Bobo, serius rasa nak terlelap. Tak sangka pula ada kisah mistik di sebalik lagu Nina Bobo dan sudah diadaptasi ke filem.


Poster filem seram Nina Bobo


Kalau korang berani cuba dengar lagu ni malam-malam, konfem rasa mengantuk dari seram walaupun lagunya memang rasa semacam. Tengok filem lagi la seram, dah tak comel Revalina S. Temat. Lagu Nina Bobo adalah lagu dodoian ketika tidur. 


 
Tajuk lagu "Nina Bobo" diambil dari nama seorang anak kacukan Indonesia-Belanda bernama Hele Nina Mustika Van Rodjnik yang lahir pada tahun 1871. Ibunya orang jawa asli bernama Mustika dan bapanya seorang kapten Belanda bernama Van Rodjnik.

Sejak bayi, Hele Nina selalu mengalami masalah tidur, setiap kali hendak tidur dia akan memberontak dan menangis. Sebab itu ibunya mendodoikannya dengan lagu ini. Lama kelamaan Hele Nina terbiasa dengan lagu tu dan tak boleh tidur selagi tak nanyikan lagu tersebut.  

Kerana itu, kapten Van Rodjnik meminta isterinya membuat lirik dari lagu tersebut agar Hele Nina dan dia boleh memahami. Akhirnya terciptanya lirik lagu Nina Bobo seperti yang kita dengar sekarang ini.

Tahun 1875, Hele Nina menderita sakit barah. Kerana sakitnya itu, Hele menjadi susah untuk tidur. Setiap malam ibunya terus-terusan menyanyikan lagu "Nina Bobo" agar Hele boleh tidur. Akhirnya tahun 1878 Hele Nina meninggal dunia. Ketika itu dia berusia 6 tahun. Ibunya tak dapat terima hakikat anaknya meninggal. 

Seminggu setelah kematian Hele Nina, kapten Van Rodjnik mendapati Mustika menyanyikan lagu "Nina Bobo" dari bilik mandi. Suaranya bergema ke seluruh penjuru rumah. Setelah ditanya, Mustika memberitahu mendengar anaknya menangis. Kerana kejadian itu, Mustika selalu menyanyikan lagu setiap malam hingga meninggal.

Setelah kematian Mustika dan Hele Nina, kapten Van Rodjnik hidup seorang diri. Dia mengaku sering mendengar suara bayi menangis, tapi dia tak mempedulikannya dan bergegas tidur. Beberapa kali dia bermimpi anak kecilnya sedang menangis.

Akhirnya suatu malam, kapten Van Rodjnik yang tengah tidur lena tiba-tiba terkejut apabila ada tangan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun sedang menangis dan membangunkannya sambil berkata, "Pa... Kok papa gak nyanyiin buat aku... ??". 

Sejak kejadian itu, fikiran kapten Van Rodjnik terganggu dan setiap malam dia selalu menyanyikan lagu "Nina Bobo" berulang-ulang sehingga meninggal.



Nina bobo oh nina bobo
Kalau tidak bobo digigit nyamuk
Bobolah bobo adikku sayang
Kalau tidak bobo digigit nyamuk


Kisah lagu dan filemnya amat jauh beza. Kisah mistik adalah tahyul dan syirik jika kita percaya ada kuasa selain dari Allah SWT. Tetapi, kita juga perlu percaya kewujudan alam ghaib cuma hijab kita tertutup.

16 comments:

  1. baca tajuk pon da serammm haiiiasssshh..!

    ReplyDelete
  2. nina bobo...mcm scary je cerita..huhu
    1st time dgr pasal lagu dodoi nak lena ni..:p

    ReplyDelete
  3. uish, aku baca ni pun naek seram.

    ReplyDelete
  4. lirik benar tidak menampakkan seram.
    Anak saya, saya dodoikan dengan Syahadah

    ReplyDelete
  5. Ohhh baru tau pasal Nina Bobo ni. Selama ni taulah bobo/bobok tu tidur, tak sangka lak ada cerita di sebaliknya.

    ReplyDelete
  6. seram pulak baca ni malam-malam..best ke cerita ni?selalu tayang, tapi takut nak tengok bawang putih ni berlakon

    ReplyDelete
  7. Seram plah plak baca. Dengar lagu ni pon semacam jer.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah pulak dengar lagu ni. Hehe

    ReplyDelete
  9. huisshhh...mcm serammm jer...huhuhu

    ReplyDelete
  10. ish memang taklah nak dengar atau nak tengok.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. tak pernah plak dgr lagu nie.. tapi kalau tengok trailer, boleh tahan juga filem ni

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com