23 October 2014

Jakun Nak Drive Myvi


Salam Readers..


Selamat bercuti buat hari yang ke 2. Siapa si jakun tu? Aku ler si tuan blog berkaler purple ni. Terpaksa jumpa lagi mamat tu gara2 kawan ofis ajak beraya deepavali. Kononnya nak pi beraya ke semua rumah. Kalau boleh rumah bos pun aku nak pegi. Hakikatnya hampeh!


Kan dalam entri sini, aku kata kalau ada 'hal' nak sewa lagi kereta dengan mamat myvi purple tu. Akceli nak tengok muka dia. Sama ada still marah or no. Bukan termasuk dalam ketegori angau situasi aku ni. Still waras lagi..

Sengih memanjang lepas 'mencuci'


Petang 21 Okt, Zack dengan kawannya datang pick up di kilang dan aku terpaksa balik semula ke ofis ambil beg dan ke gym. Sebelum balik ofcos nak reverse. Benda pertama yang aku gelabah bila tak boleh tukarkan gear Parking ke Reverse. Oke boleh gelak sepuas-puasnya. Aku 1st drive myvi baru T____T


Try tarik banyak kali tapi tak boleh. Terus call Azrie, tanya nak buat apa? Huwaa.. memang jakun. Rupanya kena tekan brek baru tarik gear -_____-" Dan harini tiba masanya untuk pulang kepada mamat tu. Sebelum ni dah janji dalam whatsapp dengan 'kawan' serumah mamat tu. Janji basuh kereta. 

Yeayy.. baby dah mandi ! Hiho
Shine bright like a diamonds myvi purple mamat tu



Senang je, drive ke car wash yang membasuh menggunakan tangan. Tak sampai hati nak ambil gambar kereta kena tembakan burung gagak. Hodoh gila. Cuci luar dalam dan wax cuma RM 20. Murahkan. Itu jela ceritanya. Nanti bila cucu baca boleh dorang ketawa bila baca nenek mereka cepat gelabah. Bukan main berangan kau nina. 

Rembat rayban ayah. Shuhh diam2


p/s: Selama seminggu whatsapp dengan 'kawan' serumah mamat tu. Baru si 'Alif' tukar gambar hari last kami jumpa masa pulangkan kereta. Jadi siapakah dok reply whatsapp? takkan Zack kot. Dah agak dia mesti pakai 2 simkad. Okay *buat terkejut 

Nak tunjuk gambar takut kantoi..


3 comments:

Hikayat Seorang Budak said...

hehe. sabo nina. jangan gelabah :)

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Amboiiii...
Jangan naughty ye.
Haha..
Laku sewa kereta mamat ni..sebab hensem.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Hati2 tau ntah2 dia ada baca entri ni.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com