12 October 2014

Pengalaman Sewa Kereta 2 Hari 1 Malam


Salam Readers..


Pengalaman mematangkan kita, matang macam mana tak tahu nak cakap dan membuatkan tuan blog menjadi seorang perempuan yang berani. Fuhh.. ayat gantang bangat. Oke stop merepek. Al-kisahnya di entri "Honda Mayat" , ada nina merungut sebab tunggu seseorang. Sebenarnya malam tu, nina tunggu orang kereta sewa mai ambil di ofis. Gara2 jammed, hingga pukul 8 baru abe datang.



Saja ronda lepas dapat stereng.. Melepaskan gian



Ko rase? Aku rasa macam2, takut pun ada bila tunggu sorang2 depan guard house, bila fikirkan hari nak hujan, bila takut nak naik kereta dengan orang yang tak kenal. Dalam hati, walau apa pun yang berlaku aku akan tetap dapatkan cik Viva malam tu juga. Kalau tak acane nak pi "kursus kawen". Sanggup sewa kereta sebab parents tak kasi aku drive. Arghhh sedih T_____T



Motif? Muka puas lepas sejam meronda. Haha


Nak marah pun tak guna sebab kena faham time balik kerja. Mamat tu tak habis2 mesej maaf2. Bila dengar suara, aku dah gambarkan dia seorang yang agak berumur. Hakikatnya, bila buka pintu Myvi Purple tu... rasa tak pecaya. Hensemnyaaa.. muka sekali pandang macam klon Zain Saidin, 2x pandang dah nampak lain. Hahaa. Gatal kan aku ni. Bukan bermakna jatuh cinta pandang pertama. Cuma muka Zack ni, sedap mata memandang.


Rasa bersyukur sebab company car rental ni tampal iklan di pokok depan kilang. Tak payah susah2 cari dalam internet. Terus call Zack dan booking. Rumahnya di Seberang Jaya dan boleh agak customer dorang mesti budak2 UiTM dan Poli. Aku je sewa personal.




Syarat bila sewa kereta kena sertakan salinan IC, Lesen Memandu dan Card Matrix kerja. Sewa Viva Auto 2 hari cuma RM 200 termasuk deposit RM 300. Jika tiada saman dalam masa 2 atau 3 hari duit akan di bank in. Senang nak berurusan. Lepas ni kalau ada 'hal' boleh sewa lagi. Tak payah dah nak buat muka comel depan makbapa. 




p/s: Rasa bersalah pula tercakap depan mamat ni suara dia macam orang berusia walaupun muda lagi. Terlanjur cakap jujur pun tak boleh sangat -______-"



6 comments:

Mila Hilas said...

hahahaha mesti grm je bro tu ckp sore dia mcm org tua.ekeke

Hikayat Seorang Budak said...

wah hensem cam zain saidin. hehe. part last kenapa terjujur? hehe.

kot ada jodoh nanti. hehe

Khai♥Rin : anies said...

Pasni bli kete sendiri laa...boleh dtg kl ronda2 ngan sy ;)

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Xde gambar Zack?
Ehhh...xde pape..
Cuma nak tgk sama ke Zain Saidin xD

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Someone somewhere pernah cakap kat akak..
Kalau suara masa borak katphone x sedap, orang tu.hensem/ cantik.
* Suara akak sedap x agaknye.bagi yang pernah dengar?(ayat merapu).

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Best ronda2 yer... Zumal kalau nak drive tak leh sorang2 kena ada 'cikgu' kat sebelah takut sejarah berulang ;)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com