13 Oct 2014

Kursus Kahwin Di Hasani Management, Sungai Petani (Part 2)

Salam readers..


Blog kembali bersiaran pagi ni. 2 hari hadir kursus kawen dan selesai petang semalam. Balik dengan muka happy dan memulangkan semula cik Viva. Meh nak sambung apa jadi di hari last kursus tu. Sambungan dari Part 1, ustazah nina nak kongsi tips2 part 2 pulak. Penceramah bertukar tapi kelakarnya tetap sama. Ketawa berdekah-dekah dalam dewan tu. 




Pagi ahad yang membuatkan aku hampai2 bangun lewat, sampai SP, parking je terus ke 7E, nasib baik naik jejantas. Mencari mineral gara2 nak cuci tembakan gagak di kereta. Waktu lunch pun kami makan roti dan maggi dalam kereta. Boring nak masuk mall. 


Muka boring menunggu waktu rehat 2 jam. Hurm

Tips2 nak nak kongsi part 2:


1. Orang lelaki kena ada akhlak kalau tak macam mana nak didik anak. Sekarang banyak ayah 'ternak' anak sebab tu anak banyak kes dengan polis, JPJ, pejabat agama etc.

2. Belajar kawal minda. Jangan biarkan nafsu menguasai akal.

3. Start anak Form 4, kena tengok anak terutama lelaki kerana mereka sudah baligh dan mula datangnya 'wet dream' . Fitrah semula jadi manusia dah keluar. Hahaa.. kelakar tapi serius.

4. Sudah kahwin, jangan terus rancang keluarga. Dapat anak sorang baru buat family planning. Takut Allah tarik nikmat rezeki nak dapatkan anak. Terus tak dapat2. Jangan pakai implan dalam rahim umpama 'membunuh manusia'.

5. Para suami wajib tahu waktu subur isteri. Seminggu lepas habis period ialah masa subur.

6. Suami cakap kepada isteri dengan nada yang rendah.

7. Isteri yang memasakkan makanan untuk suami & anak2 dengan selawat. Makan di luar, chef tak selawat.

8. HARAM memukul isteri. Dia amanah si suami.

9. Isteri kena peluk suami 3x sehari selama 1 saat (pagi, tengahari, malam) . So sweet

10. Peranan isteri kena bagi kasih sayang kepada suami. 

11. Jangan la kahwin kat Siam, tak sah nikah sebab tiada wali, saksi dan perkahwinan tak sah (kawen koboi).

12. Gaji isteri kena beri sikit kepada suami jika suami minta sebabnya suami juga bagi izin isteri bekerja.

13. Bila sudah berkahwin, kurangkan aktiviti sosial contohnya main FB, Twitter, IG. Blog okay kot. Hihi

14. Keruntuhan rumah tangga kerana pasangan tidak solat. Kena cari masa untuk solat berjemaah walaupun sehari.


Dalam pukul 5.30 petang baru habis kursus sebab ada acara penyampaian sijil. Nasib baik dapat sebaik tamat kursus. Logo negeri Kedah pun belasah jelah janji dah ada sijil. Senang nak kawen macam ni.

Berselfie sebelum balik. Malas nak bersesak2
Yeayy.. dah dapat !


*****************************************


Dah 2 hari balik ikut highway, jalan lama memang berlubang-lubang. Balik mesti masuk ikut tol Bertam, Kepala Batas jadi singgah kejap Vision Park. Akceli dah lama teringin nak ke tempat rekreasi/jogging bersebelahan masjid Millenium ni. Setiap hari raya, mesti Pak Lah akan solat di masjid ni selain student MRSM dan Sekolah Sains.





Cantik masjid biru ni tapi yang SPOIL bila tempat rekreasi jadi tempat dating/lepak budak2 tak cukup matang. Memang tak sedap mata memandang, depan rumah Allah. Yang geramnya, ada pula pasangan couple cakap kuat2 suruh aku balik bila nak snap gambar depan masjid. Aku pun layan, kesian budak2 kampung ni kurang didikan. Lantak kome la, aku singgah kejap je dan takkan kembali lagi ke tempat ni. Serius tak seronok. 



 Anak sapa 4 orang ni. Punya busuk hati tak suka tengok aku selfie. Gila ke apa

Agak2 boleh buat kad raya tahun 2015? Hihi

5 comments:

  1. dah boleh kawen dah pasni. aku tak pergi lagi kursus kawen. hehe. gambo last sekali tu boleh sangat dibuat kad raya XD

    ReplyDelete
  2. Sokong points yang diberi.
    Tapi, blogging tu boleh mtk excuse.tak?
    Hehe..

    ReplyDelete
  3. Implan dalam rahim tu iucd ke?
    Kalau betul, iucd x bunuh benih pun..
    Ermmm..

    ReplyDelete
  4. Rasanya tak lama lagi nak makan nasi minyak yer Nina...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com