9 Oct 2014

Kenapa Aku Memilih RedONE?


Salam Readers..


Sebenarnya dah lama bertukar ke Telco baru. Selamat tinggal Maxis dan Celcom. Sejak dari hari raya aidilfitri yang lalu, kami sekeluarga mengubah plan simkad masing2 ke RedONE kerana my pak ngah menjadi ahlinya. Maka pakcik makcik semua bertukar simkad kecuali no telefon kerana no masih dikekalkan. Mudah bukan dan aku ambil plan internet 1GB+RM30 sebulan.





Kenapa aku memilih RedONE sebagai Telco baru. Pertama apabila lihat bil telefon jauh lebih murah dari dulu masa guna Maxis dan topup RM40 sebulan dan terpaksa membeli internet seminggu RM 7. Rasa sangat tak berbaloi.






Point penting ialah :


1. COMMITMENT FEE LOWEST

Jumlah yang perlu dibayar pada kadar rendah iaitu RM8 untuk semua taliannya. Murahkan!


2. COMMITMENT FEE SHARING

Kadar komitmen bagi setiap talian ialah RM8 dan jika dibanding dengan Maxis dan Celcom tak boleh share/kongsi. 


3. CALL FREE

Dulu masa guna Maxis dan Celcom, call free hanya TERHAD kepada MAIN line dan Supplementary Lines saja. Kini dengan RedONE, aku boleh call free semua pelanggan RedONE. Hehee


4. COVERAGE

Apa yang nak dirisaukan dengan coverage? CELCOM ada perjanjian bersama diaman semua pengguna RedONE akan mendapat coverage yang sama dengan pengguna Celcom. Jadi Celcom territory juga adalah RedONE territory la. *siap boleh update status walaupun berada di Baling, Kedah. Faham2 jelah.



5. REAL TIME BILL

Walaupun interface Online Customer RedONE nampak simple, tapi ia praktikal. Kalau guna Maxis atau Celcom, kadar unbilled amount hanya dinyatakan dalam RM (ringgit) sahaja. Dengan RedONE, detail penggunaan semasa dipaparkan termasuk cukai GST yang dikenakan. 





Hanya nak share dengan korang penjimatan yang nina dapat bila menggunakan RedONE. Sangat berbaloi dan setiap awal bulan mesej bil akan dihantar kepada pengguna dan selepas membuat pembayaran mesej juga akan dihantar. Just bank in bil ke account pak ngah dah settle. Yang best tu walaupun dah lebih 1GB, still lagi boleh on9 walaupun slow tanpa sebarang caj. 




Untuk maklumat lanjut boleh tengok sini :

FB

BLOG RedONE

Website

10 comments:

  1. pengunaan data penting bagi pengguna telefon pintar. nice jugak red one ni tapi sayang pulak nak tukar no dan malas nak pakai byk sim. hehehe.

    ReplyDelete
  2. macam best je. xpernah jumpa orang yg guna redone. nice review nina :)

    ReplyDelete
  3. terbaiklah sis..

    ReplyDelete
  4. Kita masih setia dengan maxis so far...Tapi macam nak mencuba ya Redone ni..

    ReplyDelete
  5. Hmmm, menarik jugak..
    Boleh consider :D

    ReplyDelete
  6. Kalau dah boring dengan Maxis ni nanti bolehlah tukar.
    Owner Redone ni orang ape ea?
    Maxis - india.

    ReplyDelete
  7. Salam sis..boleh bagi no phone red one sungai petani tak

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com