30 Oct 2014

Review Filem Ouija

Salam Readers..


Review Filem Ouija | Kalau berani mainlah Ouija. Dah lama rasanya tak tengok movie lepas The Maze Runner bulan lepas. Harapan nak tengok Dracula Untold terpaksa dibatalkan sebab tak best dan movie tu dikatakan memburuk-burukkan kerajaan Islam zaman dahulu.


Tak plan nak tengok Ouija, itupun Nana ajak tengok. Mulanya dia nak tengok movie Tamil. Apa2 jelah dia ni kan. Tengs sebab belanja kite tengok Ouija dan makan Pizza! Hihi.. Ouija bermaksud papan pemujaan hantu iaitu tempat beinteraksi atau berkomunikasi dengan orang yang telah mati. Papan pemujaan mempunyai huruf A sehinggalah Z, YES & NO dan GOOD BYE.  


"Do not go seeking answer from the dead.."

Ouija Seramm

Sinopsis:

Movie ini mengisahkan di mana Debbie mati bunuh diri akibat bermain Ouija. Sejak kejadian itu, kawan2 kepada Debbie iaitu Laine, Sarah, Trevor, Pete dan Isabelle mula tertanya-tanya tentang punca kejadian sebenar Debbie mati. Mereka tidak mempercayai yang Debbie sanggup bunuh diri kerana bagi kawan-kawannya Debbie sangat periang dan tidak mungkin bunuh diri.


Debbie bunuh diri
Laine dan Trevor datang rumah Debbie



Laine mula mengajak kawan2 untuk bermain Ouija supaya dapat 'berkomunikasi' dengan Debbie di rumah kediaman Debbie mati. Mereka menyangka telah dapat 'berkomunikasi' dengan Debbie tapi sebenarnya mereka telah 'berkomunikasi' dengan hantu lain.  


Selepas kejadian malam itu, Laine, Pete, Trevor, Sarah dan Isabelle telah menerima MESEJ yang sama iaitu.. "Hi, Friend" ... memang agak menakutkan. Part setiap sorang dapat mesej tu agak menakutkan. Menjerit juga, kawan siap tutup muka tapi mata tak tutup -____-"


Ouija Board
Tangan siapa tu? Haha
Chakk.. Seram kau nampak hantu


Mereka telah bermain Ouija sekali lagi untuk merungkai misteri kematian Debbie dan mendapat tahu bukan roh Debbie yang berhubung dengan mereka tetapi D.Z (Doris Zander) dan dia memberi petunjuk lain iaitu MOTHER.. Ya, hantu 2 beranak rupanya. Haha. Laine telah terjumpa sesuatu di atas loteng rumah Debbie, tempat di mana Debbie terjumpa Ouija board tu. Okay menjerit lagi! 


Saat cemas Trevor kena main dengan hantu.. tiba2 girl muncul.
Hi Friend


Selepas kejadian itu, mereka seringkali diganggu hantu tersebut berulang-kali sehingga mengorbankan nyawa seorang demi seorang. Tak sanggup tengok cara kematian Pete dengan Iz. Menjerit lah semua penonton. 


Laine mendapat info bahawa rumah itu pernah didiam 3 orang ahli keluarga Zander. Salah seorang daripada anak keluarga tersebut, Doris Zander, telah hilang dan adik D.Z masih lagi hidup dan bercadang untuk berjumpa dengannya.



Debbie with Ouija Board ! Sengih kau masa jumpa
Laine berjumpa dengan adik D.Z
Hantu cekik Sarah sebelum dimusnahkan. Hahaa



Adakah Laine dan Sarah, adiknya berjaya memusnahkan hantu 2 beranak itu? Adakah hantu ibu dan anak perempuan itu memang jahat atau mempunyai mesej2 tertentu. Nak tahu kena tengok sendiri. Dan endingnya membuatkan aku confius siapa sebenarnya hantu yang jahat sama ada ibu atau anak? dan movie ni tergantung lagi ! Arghhh menci.. menci

3/5*


Secara keseluruhan movie ni so so jelah, tak bosan tak menarik sangat. Cuma ada juga beberapa scene yang buat penonton terperanjat dan menjerit tanpa dipaksa. Tiba-tiba je menjerit. Tak baik main Ouija sebab ianya Syirik.



Kami kawan dari darjah 1 tau. Sayang kawan kite. Hihi

11 comments:

  1. cam seram je ni..nak tengok lah nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee saya pun tidak suka (bukan tidak berani ya) tengok cerita hantu.

    ReplyDelete
  3. Eleh... kakak tahu mesti masa dlm panggung tu dua-dua pun sebenarnya takut kan.

    Betul syirik permainan ini. Jgn tengok lebih baik..

    ReplyDelete
  4. haishhh sy tak tgok filem seram2 ni tatutttt >_<

    ReplyDelete
  5. nina menjerit x tgk cerita ni? hehe. macam best je.

    ReplyDelete
  6. ada tgk preview msa tgk annabelle aritu..oo..citernya so so aje la ye..sama cam anabelle.. x takut pon..cuma terperanjat.

    ReplyDelete
  7. Gambar pun.dah seram.
    Erkkk...kalau cerita2 hantu ni jangan haraplah akak nak tengok.
    Ada yang takut kalau terjaga malam.

    ReplyDelete
  8. Alahh tergantung ke? Akak baru plan nak ajak member tengok...

    ReplyDelete
  9. wah..comel header baru tu..

    ReplyDelete
  10. seram ke tak seram? aku tgk annabelle mmg x seram langsung.

    ReplyDelete
  11. Zumal tak leh tengok citer seram2, nanti asyik tutup muka je tau... Rugi tiket wayang. hehe :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com