6 Oct 2014

Hiking Penang Hill (Part 2)

Salam Readers..


Meh nak sambung kisah pendakian, tak boleh nak simpan lama2 cerita ni nanti basi. Hihi.. Oke, kisah Part I kami dah selamat sampai ke puncak Bukit Bendera. Alhamdulillah cuaca baik dari pagi dan hujan renyai sekejap di atas bukit. 



Sampai kat atas tu, cuaca tak panas sangat. Nak tengok pemandangan Penang pun jerebu. Jadi, aku dengan Syuk terus terjah toilet dan cari Kak Lina & Vadi dan makan. Serius sedap kalau pekena ais kacang dengan nasi ayam. Minah omputih pun order "1 chicken rice" . Hebatkan.


Jerebu.. tak dapat tengok pemandangan pulau
Berehat sat



Tahniah buat Vadi sebab menjadi wanita pertama sampai ke puncak. Yang bestnya hiking ni bila aku tabik betul dengan geng2 veteren Mattel, bawa wife masing2, naik sekali terus zupp zapp hilang. Mesti dorang dah selalu hiking sebab tu tak rasa penat walaupun bawa anak. Kalau anda jadi orang muda mesti MALU sebab kalah dengan orang tua kan? *Maluu lari tutup muka dengan daun. 



Bagi pasangan couple, tak kira pelancong dalam atau luar negara, datang sini mesti nak bergambar dekat "Love Lock". Cantik sangat tengok tulisan nama2 couple di anak mangga. Ikut style love lock di overseas gituw. Dengan words LOVE yang besar gedabak. 



Cantiknya butterfly kuning tu. 



Sangat rushing sampai tak sempat nak bergambar. Pokok2 bunga di atas memang cantik. Geram tengok. Tok penghulu dah panggil semua balik. Siap tinggal anak2 kat kaunter tiket. Tiket cable car cuma RM 4. Yang tak best ada renovation pula. Tak dapat nak selfie lama2. Nasib baik lepas makan sempat beli souvenir untuk blogger2. Siapakah mereka? Biarlah rahsia. Hehee..  



Bunga faveret mak. Kat rumah kaler lain
Anak2 sudah mau pulang



Dalam pukul 2 lebih, semua selamat tiba di stesen bawah. Serius excited gila naik cable car. Maklum la 1st time naik. Tak sama macam naik cable car Langkawi. Kesian Vadi tak sempat masuk sebab keretapi dah penuh. Berdiri tepi pak Arab ni ada 'bau' jugakkan. Kurang asam jawa aku ni. Hahaa.. 



Tips Hiking :

1. Sebelum start hiking, praktice dulu baru tak semput

2. Nak cepat daki, sila langkau 2 anak tangga

3. Jangan sesekali duduk berehat, penat pun berdiri.

4. Kawal pernafasan, tarik nafas hembus nafas

5. Jangan tengok belakang, kot2 pening nanti
(nina tak tengok sebab nanti pening)



Macam dalam bas Rapid pun ada
Pemandangan semasa turun. Laju ohh cable car ni.
Entrance
Beli souvenir sebab teringat kat kawan2 blogger 



Kami sampai di kilang dalam pukul 3, lewat gara2 tunggu beberapa orang hiking yang turun lambat. Buat muka innocent masuk tandas terus mandi. Ini semua plan kak Lina, ajak mandi manda. Nasib baik guard tak tanya. Siap mandi, solat terus gerak ke Perda pick up Syuk dan hujan pada sebelah petang masa ontheway ke Aeon Bukit Mertajam. Ini pun 1st tima juga datang mall baru buka. Sebab jauh dari rumah. Hari yang memenatkan tapi best !



Untung la Syuk, kakak2 belanja makan KRR
Ambil gambar curi2. Hihi


Orang melayu ni kalau bab kesihatan kira kat pemakanan je. Kacip Fatimah, Makjun, Tongkat Ali, Kopi Jantan la tapi exercise takmau. Kalau lelaki kerja pi gym, nak  badan tough makan protein banyak2. Apa kelas.. pi senam lagi best kat taman tu. Perempuan pulak asyik makan pil itu pil ini, last2 badan penuh dengan bermacam jenis ubat. Berpeluh menyihatkan badan .

11 comments:

  1. lama aku x singgah blog nih ...makin canggih aku tengok :P XD

    ReplyDelete
  2. Zumal belum pernah sampai kat Penang Hill nie... Hehe ^_^

    ReplyDelete
  3. Kalau dpt buat seminggu sekali pun dah terbaik ni Nina. Kakak suka tengok pemandangannya yg nyaman dan nampak fresh..

    ReplyDelete
  4. lama tak naik bukit bendera.. dah mcm menara namsan kat korea.. ader love lock.. nak kne pegi jugak nie..

    ReplyDelete
  5. Seronoknya hiking. Mesti bestkan kat atas tu. xpernah sampai sana.

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya Nina..so jealous...

    ReplyDelete
  7. Salam. Hee saya pun belum naik cable car pulau pinang yang baru ini.

    ReplyDelete
  8. uit..xsangka plak aku kat sini ada yg lock2 ni..ngatkan kt korea jer.. biasa tgok citer korean, mnjg jer ade psl lock2 ni kat dalm cite..

    ReplyDelete
  9. Ni yg rs nk g penang skrg jggggg

    ReplyDelete
  10. Lelaki ramai suka pi gym kan?
    Including budak skolah.
    Patient budak sekolah lelaki saya ramai badan macam bapak budak.
    Gerun sebab besaq sangat.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com