28 Sept 2014

Hiking Penang Hill (Part 1)

Salam Readers..


Sambil menikmati milo panas dan menaip experients pertama mendaki di negeri sendiri. Harini dalam sejarah, aku join pegi hiking bersama officemates. Selama 24 tahun hidup, ini la 1st time aku pi Bukit Bendera bukan naik cable car tapi jalan kaki. Yang buat lagi excited bila terjumpa entry Pha Is pi hiking kat sana. 



Seawal 5 pagi dah bangun bersiap, eksited kot. Pukul 6.30 sampai di depan guard house bersama Kak Lina (intern). Boleh pulak berlama-lama dalam toilet dengan Syuk (intern). Nasib baik bas tak tinggal. Konvoi 2 bas ke Penang Botanical Garden. Tempat mula daki, buat senaman pagi, dapat baju free, 2 botol air dan roti.



Entry bergambar *sila jangan muntah. Hihi


Selfie dulu sebelum senam pagi. Nak hiking pun bawa monopod



Selalunya Botanical Garden penuh dengan Chinese yang rajin jogging, taici etc. Agak sedih jugak sebab susah nak jumpa orang melayu exercise pagi2 kat taman tu. Orang melayu time2 pagi mesti masih membuta di hujung minggu. Oppsss.. ini fakta bukan auta.


Bergambar sebelum hiking. Kesian aku tak nampak

Antara staf2 veteran Mattel. Hebat Chin bawa anak hiking

Hiking bermula. Say peace !


Start daki dalam pukul 8 pagi dan dijangka stiba ke puncak dalam 11 pagi. Masa jalan nak ke kawasan mula daki tu, nampak monyet yang jinak2. Nasib baik Syuk tak bawa pishang. Teringat cerita mak pasal monyet di Waterfall tu. Monyet di bawah tak boleh naik atas nanti gaduh dengan monyet di atas. Kiranya ada zon monyet.


Laluan ke Penang Hill adalah 5 KM. Dah start daki berapa anak tangga, kaki dah lenguh, jantung berdegup kencang, terasa penat sebab lama tak mendaki tapi hati nak cepat2 tinggalkan group ofis yang bising macam mak nenek. Kak Lina dan Vadi dah laju tinggalkan aku dan Syuk. Nasib baik ada coordinator tolong jaga kami. Aku lajukan kaki daki tinggalkan kawan2 ofis dibelakang. Tak sanggup nak daki lambat2. Sepanjang kami daki, kerap juga bertegur dengan orang cina, omputih. Say 'good morning' dan 'good luck'.


Periuk kera yang comel2

Bila jumpa tandas ni maka berakhir laluan tanah

Akhirnya jumpa jalan ber-tar



Selepas seksa tangga berakhir, penat semua hilang bila tengok orkid hutan dan periuk kera. Tengok comel je tumbuhan ni. Ada juga 2 orang guy cina terkejut tengok muka aku. Dah serupa tengok hantu, rupanya muka pucat. Hahaa.. putih semacam. Choii.. Bila jumpa jalan tar lagi best hiking. Tak sabar nak sampai puncak. Aku dan Syuk berjalan tanpa 'geng'. Dapat selfie. Hihi


Perhentian rehat bagi pendaki dan berbasikal

Kak dari Tampo pun dah tinggal kawan. 
Aku dibelakang kena tinggal kejap.
 
Sempat posing lagi. Di 4.2 km

Besaq sungguh semut ni. Takutnyee


Macam2 benda dapat tengok, semut hutan dan ulat gonggok pun boleh jadi jakun. Sampai 4 km, lagi best sebab cuaca makin sejuk dengan kabus tebal. Feelings macam ada kat overseas. Bila tengok belakang/depan takda geng hiking. Suka tengok pokok2 hijau yang diwarta menjadi hutan simpan kekal. 


 Ini bukan cacing tapi ulat. Bapak besar. Geli

 Dimanakah huruf O. Dalam hutan pun ada vandalisme ke?

 Cerianya muka Syuk bila dah sampai 4.6 km

 Tengs aunty! Bajet macam pelancong

 Menuju ke puncak sebelum hujan turun.

Sampai juga !
  

Sampai 4.6 km rasa macam nak dok situ. Tengok kabus pun jadi la. Last2 hujan turun kejap. Hujan rahmat la katakan. Harap2 korang tak muak tengok gambar2 ni. Suka background hijau. Rasa macam nak hiking lagi. Tunggu sambungan part 2. Macam2 ado tau. Stay tuned :) 

13 comments:

  1. masa sis naik cabel car tu pelik juga bila nampak ada rumah kat lereng bukit . bila dah sampai atas lagi pelik , dari mana keta ni boleh mai . rupanya mmg ada jalan tar utk laluan keta naik . masa sis pegi , di bwh panas terik , sampai sampai atas hujan lebat . langsung x boleh bergerak wehhh ...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat mendekatkan diri dengan alam! Sekali sekala dapat sertai aktiviti macam ni memang best!

    ReplyDelete
  3. Salam singgah...Thanks sebab singgah ke blog wan yer.
    Seronok pulak tgk aktiviti mcm ni.
    Wan tak penah tracking lagi kat penang hill tu ha.

    ReplyDelete
  4. Thanks share banyak gambar menarik.
    Akak memang suka tengok.
    Lebih2 lagi ada gambar pemandangan.

    ReplyDelete
  5. perghhh...terkejut ni..akak terkejut..nina goes hiking! hehehe...

    good girl..kipidap okey!

    akak pun lama dah tak beraktiviti ni..sejak2 sibuk keja + assignment...huhu..nak start balik sangat la liat...

    ReplyDelete
  6. uihhh bestnya....mesti sejuk tenang je....

    ReplyDelete
  7. BFF sy penah daki 2 thn lps...sy nk ikt tp dia x beri kt nyer jln licin ;-(

    ReplyDelete
  8. Ook... rupanya ada jalan lain lagi erk... ingatkan naik tren tu je.... Good info...

    ReplyDelete
  9. Wah bestnye pergi hiking..Cik Mimie tak penag lagi hiking2 ni..bestnye.. :)

    ReplyDelete
  10. Bestnya dpt join aktiviti mcm ni.

    ReplyDelete
  11. saya orang penang pun tak pernah hiking...naik cable car ada laaaa

    ReplyDelete
  12. Waa bestnya panjat bukit..sejak kahwin dah lama tak buat aktiviti hiking..btw, tak singgah blog saya. Saya dah follow blog sis. Hope sis follow my blog back.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com