7 Sept 2014

Teman Lelaki Yang Patut Anda Tinggalkan

Salam Readers..

Lama tak fefeeling's cinta labi-labi. Petang ni teringin nak berbunga-bunga cinta dalam belog. Biasalah adik-adik, sebagai kakak yang banyak pengalaman kononnya kena la kongsikan dan saling menasihati adik-adik yang nak membesar ni.. Agar adik-adik tak tersalah pilih kumbang. Maklum la banyak jenis kumbang suka hingap di bunga. Hihi.. I loike lady bird!






1. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua, ibarat merpati 2 sejoli kononnya pada pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong.



2. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tak mahu atau tak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun. Ini bermakna anda bukan orang yang dia inginkan dan mungkin tiada dalam kamus hidupnya.



3. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih tapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai awek. Dasar crocodile hunter!



4. Lelaki yang anggap dirinya sntiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada matanya. Selalunya anda sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam semua hal. Hal kecik pun nak dibesarkan!



Haa adik-adik. Awas dengan lelaki macam ni okay. Jangan sia-siakan hidup anda dengan melayan lelaki tak guna bak kata Yuna. In Syaa Allah suatu hari nanti akan jumpa dengan prince charming yang Allah jodohkan :) 




p/s: Blogger lelaki kalau baca jangan marah/terasa pulak eh.
Tiada kaitan dengan tuan blog. Hanya memerhati dari alam sekeliling.
Peace no emo!


11 comments:

  1. 1 & 2 tuu

    biarkan je lah. kita boleh cari orang yg lebih baik bak kata prince charming utk kita :)

    ReplyDelete
  2. lari teruslah pada lelaki yang punya sifat begini..

    ReplyDelete
  3. Salam..blog CHK dah tukar link baru. Jom singgah :)

    kathyrbain.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. assalam Nina..lama x dtg sini. .
    hati2 memilih ye adik-adik. .^^

    ReplyDelete
  5. hehe..yang nombor satu tu selalu terkena. tetibe dia kata 'saya anggap awak kawan je'..hancurnya hatiku ibarat kaca pecah ke batu..hahaha

    ReplyDelete
  6. Crocodile hunter singgah... Hehe ^_^

    ReplyDelete
  7. Memang patut kena tinggalkan ni! Patut2 sangat. Yang no 7 tu yang paling akak tak suka.. payah nak berubah kalau orang dah ada mindset macam tu..

    ReplyDelete
  8. Eh..no 4 la.. macam mana tadi macam no 7 pulak

    ReplyDelete
  9. 'dasar crocodile hunter '
    - Klakar pulak akak rasa yg ni.
    Aka lelaki buaya darat.

    ReplyDelete
  10. Hahaha wat lek je bro *gelak guling-guling* ok kenapa tiba-tiba gila meroyan kat sini :3

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com