11 Sept 2014

Review Filem : The Maze Runner

Salam Readers..

Review Filem The Maze Runner | Hari pertama tayangan boleh dikatakan tempat full. Nasib baik still ada couple seat. Ngeh..ngeh. Oke, nampaknya banyak filem adaptasi novel trilogy. Dari siri Twilight, Hunger Games dan Divergent. The Maze Runner juga adaptasi novelYang membuatkan aku tak sabar ialah dari manakah datangnya budak dari lift? Bermakna ini juga kali ke 2 aku kena nyanyi lagu Negaraku! Hampeh


Dari word "Maze" dah boleh agak konsep "Game" tapi filem ini ada aura tersendiri. AMARAN : Pesakit jantung dilarang sama sekali untuk menonton. Scene awal dah buat penonton takut dan terkejut. Ini serius..  



The Maze Runner Poster


Sinopsis :


Thomas, remaja lelaki tersedar dari tidur dan mendapati dirinya berada di dalam lift. Tanpa memori tentang dirinya, keluarga, asal usul, mahupun dunia luar. Thomas tak ingat segalanya kecuali nama pertamanya. Lift itu membawa Thomas ke sebuah tempat yang dipanggil The Glade, dan dikelilingi oleh 60 remaja lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai Gladers.



Seperti Thomas, mereka juga tak mengetahui asal usul dan siapa yang menghantar mereka ke tempat itu. Gladers menerangkan kepada Thomas bahawa mereka terkurung di kawasan kecil yang dikelilingi oleh giant Maze. Ada makhluk pembunuh yang dipanggil Grievers aktif pada waktu malam, dan pintu Maze akan tertutup setiap malam melindungi Gladers daripada menjadi mangsa Grievers.




Pintu Maze

Setiap awal pagi Runners akan masuk ke dalam Maze untuk membuat pemetaan



Selama 3 tahun, belum ada sesiapa yang berjaya keluar dari tempat itu termasuk Runners, iaitu beberapa orang Gladers yang memasuki Maze pada waktu pagi untuk mencari jalan keluar. Namun gagal. Sehinggalah kehadiran Thomas mengubah segalanya. Pelbagai perkara aneh berlaku selepas Thomas tiba di The Glade. Walaupun Thomas lupa tentang segalanya, namun dia rasa pernah ke tempat itu dan seperti dia dihantar untuk membantu mencari jalan keluar.



Sehari selepas Thomas berjaya membunuh seekor Grievers dalam misi menyelamatkan Alby (orang pertama dihantar ke The Glade) yang telah disengat Grivers pada waktu siang, seorang gadis bernama Teresa tiba beserta nota. Bermakna selepas ini tiada lagi budak baru dan bekalan makanan. Misteri Teresa meresahkan para Gladers kerana selama 2 tahun tak pernah seorang perempuan dihantar ke tempat itu.



Teresa dihantar ke dalam Glade

Teresa baru lepas mengamuk hanya Thomas yang boleh pujuk dia *scene lawak


Sebahagian ahli Gladers menganggap kemunculan Thomas dan Teresa adalah ancaman selepas perkara buruk berlaku. Bagi Thomas, dia hanyalah seperti Gladers lain yang ingin mencari jalan keluar. Kehadiran Teresa seolah-olah memberitahu hanya dia yang boleh menyelesaikan misteri Maze dan jawapan tentang siapa serta kaitan dirinya dengan The Wicked (W.C.K.D). Tak habis2 kata Wicked is Good.


Sehingga Thomas, Minho dan beberapa Gladers mencari semula bangkai Grievers dan menemui sesuatu di perutnya seperti alat pengesan. Berjayakah Thomas dan Minho mencari jalan keluar kerana setiap malam Maze akan berubah kedudukan dan sia2 saja kerja Minho memeta pintu keluar.  




The Maze yang Minho buat selama 3 tahun. Bapak besar

Setiap kali ada budak baru, mereka akan ukir nama di sini. Gally baru saja gariskan nama Alby.

Runners lari daripada Grievers. Suspens tau


Scene yang boleh membuat anda terkejut ialah :


  • Bila Ben kejar Thomas di dalam hutan. Tahulah mereka bahawa Ben telah disengat Grievers pada waktu siang? Sesiapa saja yang disengat akan dihalau masuk ke dalam Maze sebelum pintu ditutup.
  •  Scene cemas bila Minho sedang memapah Alby yang disengat Grievers dan sebelum pintu hampir tertutup, Thomas berlari masuk ke dalam Maze.
  • Dalam Maze, Thomas berusaha menyembunyikan Alby dari Grievers dengan menariknya ke atas maze. Takut noks tengok labah2 berkaki besi kejar Thomas hingga bertemu Minho. *time itu Thomas bunuh Grievers semasa pintu maze sedang tutup. Penyek kau.
  • Apabila Alby mengamuk, boleh tengok mata putih dia takda lepas kena sengat tu. Yang pelik dalam poket Teresa ada 2 botol antidot. Sekali dia cucuk antidot di dada Alby. Ganasnyee. Lepas sedar Alby terus ingat siapa dirinya.
  •  Malam dimana kesemua 8 pintu dibuka, malam itu banyak remaja mati kena bunuh dengan Grievers termasuk Alby. 
  • Paling cemas bila Thomas dan Minho menjejaki jalan keluar menggunakan alat dari perut Grievers sehingga pintu keluar. Malangnya itu perangkap, dan mereka terpaksa berlari apabila kesemua Maze bergerak.


Mencari jalan keluar

Perangkap 

Bawa lari Alby dari Grievers

Intern dah terpikat dengan Thomas, Minho dan Chuck


Walaupun filem ni dibarisi pelakon muda yang tak dikenali ramai hanya melalui siri tv. Watak Thomas (Dylan O'Brien) dan Chuck (Blake Cooper) antara karakter menambat hati. Dalam "The Maze" ada 8 section dan setiap section akan berubah susunan jalan. Tabik dengan Minho yang tak putus asa dengan pintu "Maze" yang sukahati buka, sukahati tutup.


Endingnya, ini semua helah perempuan ala Divergent tu. Nak tahu kena tengok sendiri. Ini bukan maze pertama, akan ada 2 sekuel The Maze Runner mengikut buku. So, tunggu la The Maze Runner : The Scorch Trials dan The Kill Order



4/5*

***************************************************************************


Keluar dari wayang dengan muka tak sabar nak makan. Maklum la buat sepah dengan popcorn. Nak makan Sushi King tapi apakan daya sekali tengok orang beratur panjang. Kempunan Syuk nak makan sushi. Nanti kita pegi lain. Pujuk ke Secret Recepi. Hihi



Menu di Secret Resepi

Jemput makan

Lagi 2 minggu Syuk nak habis praktikal

Selamat menonton dari kami berdua. Hihi

8 comments:

  1. Baca sinopsis tu dah rasa cam tonton filem tau ^_^

    ReplyDelete
  2. Wah..syoknya tengok wayang dan makan2 tu.. nampak lawa je gamba dan kalau nina kata cerita ni tak sesuai dengan orang mudah terkejut, akak kena tinjau jelah dulu.. sejak kebelakangan ni jadi mudah terkejut sikit..

    ReplyDelete
  3. Part yang cemas + terkejut ni yang lomah nak nonton ha... hehee :)

    Tapi part makan yg best.. :)

    ReplyDelete
  4. pergh terbaik r. antara penonton terawal r ni. hehe

    kite tag rakan sebaya -->
    http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/09/the-liebster-award-by-budak.html

    ReplyDelete
  5. memang layan tengok movie ni...scene Alby, Minho dan Thomas terperangkap dalam MAZE pada waktu malam tu best...memang bikin terperanjat je kan...

    P.S - tak sabar nak tunggu sekuel movie ni nanti... :D

    ReplyDelete
  6. sy nk cari novel plak...biasala...nk compare ngan movie ;-)

    ReplyDelete
  7. Wahh synopsis cerita ni sounds like very interesting film. Taktau ada masa tak nak pi dengan tentera2 tecik kat rumah.

    ReplyDelete
  8. Bab2 filem ni memng da lama tak tgok wayang..haish xtau cerita apa ada dekat panggung..hukhukhuk

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com