Salam semua pakwe dan makwe lama. Perlu ke mata bengkak sebab nangis teringat kekasih lama. Ish ish..tak payah la sampai macam tu. Meh nak bagi korang tengok video comel tapi sebelum tu kena baca, penat tau taip.
Orang selalu cakap tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat hati pernah terpaut. Teringat kekasih lama bukan satu perkara yang tidak normal. Jangan sesekali cuba melupakan kekasih lama, semakin kita cuba melupakan, semakin kita akan teringat. Aku cakap betul sebab aku dah alami benda nie. Jadi aku biar sahaja ingatan tu dalam kepala. Menjadi panduan untuk kita menjadi insan yang lebih baik sebelum perpisahan berlaku. Tiada siapa inginkan perpisahan, tetapi kita kena akur dengan ketentuan-Nya.
Sejak kebelakangan ni tiba-tiba ja kawan-kawan mengusik kalau bekas kekasih mintak kapel balik dengan aku. Hurm payah nak cakap tu tapi buat bodoh sudah. Lagi pun selepas apa yang jadi memang ada hikmah bila bekas kekasih aku baru putus cinta. Sampai ada kawan yang cabar suruh aku add FB ex. Eh tu dah macam perigi mencari timba (lantak kalau tak betul pun). Perlu ke ada istilah mantan?
Perasaan sedih atau kekesalan biarkan berlalu. Aku tak rasa perlu cerita kisah cinta yang dah lepas kat kekasih sekarang. Cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Masing-masing sudah ditentukan jodoh. Impian sekarang mahu berjaya, habiskan belajar dan kerja untuk memenuhkan saham mak ayah yang dah habis. Haha.
Comelkan video nie. Valentines Day tak sambut ok :)
Selamat Malam.
aku ada baca satu lirik lagu;
ReplyDelete"kekasih yang dulu hilang
kini telah kembali pulang
akanku bawa dia terbang
damai bersama bintang..."
aku dah lupa siapa kekasih pertamaku.. :D