Assalamualaikum Readers
Kuali Tefal Pertama Yang Dibeli | Tefal Cook & Clean 20cm Non Stick Frypan | Aset pertama yang Nina beli untuk menaikkan mood memasak bila dah berkeluarga nanti. Dah lama nak beli, beli untuk mak tapi dia kata nak kuali lebih besaq 🤣 Serupa nak masak kucing kerat 12. Memang best memasak guna kuali tefal, seriusss tak tipu. Memang nak order lagi di Lazada 😬😬 Dasar menggangur tapi ada hati nak beli Tefal. Hahah.. In shaa Allah, rezeki nak belanja mak. Kenapa aura beli Tefal ni menjelma musim PKP, sebab ada a few blogger dok tayang laki depa beli Tefal dan sebab ada promosi raya 🎉😅
|
Tefal 20cm non stick frypan RM 62.89 exc postage |
|
Beli beli sementara belum raya. Order 14 Mei dan terima sabtu lepas |
Sebelum beli, Nina baca dulu review-review di Lazada dan Shopee. Ikutkan harga tak kurang beza, Shopee murah lagi tetapiiii review out ke laut. Seller dalam Shopee lembab pos. Jadi, Nina beli di Lazada, mahal 2 3 ringgit tapi laju sampai ke rumah dalam 2 3 hari (semasa pkp). Nak murah tapi lambat sampai atau bayar lebih untuk sampai cepat. Terpulang duit masing-masing. Apa yang best kuali tefal anti karat ni?
|
Double wrapped |
|
Senang dicuci dan tak melekit atau melekat |
|
Punggung pun licin tak terbakar atau ada kesan api |
First seller yang jual ni memang balut double. Bagus sebab tak rosak dan selamat sampai ke pembeli. Walaupun pos guna kurier Lazada still bungkus helok. Harap lepas ni lagi bertambah rajin masak. Nak kena beli periuk pulak, senang nak masak gulai 😅😅 Harga set mahal kalau tengok di mall, banding dengan beli online boleh jimat berbelas ringgit. Pastikan ori dan beli dari trusted seller. Musim PKP banyak kes penipuan, scammer.
Dah lama godek2 kuali tefal ni . Nanti boleh beli untuk Mak CCL sebagai hadiah
ReplyDeleteFuh dah mula dah shopping barang rumah nampaknya hihi.
ReplyDeleteDah beli Tefal ni, lepas ni banyaklah resepi update kat sini nanti hihihi..