Apa yang bestnya bila jadi tunangan orang?
Ramai sahabat yang seusia sudah menjadi tunangan orang. Betapa beruntungnya mereka kerana diawal usia 20an sudah menjadi kepunyaan orang dan menunggu masa menjadi isteri orang. Indah bukan?
Cerita kisah cinta tak ubah seperti kisah dongeng dulu kala, kisah mimpi menjadi kenyataan.
Percaya atau tidak, kita boleh ber"tunang" tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal? Tapi, mungkin kita tak tau, sebenarnya bila situasi atau kes terjadi seperti ini:
- Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Ia dikira tetap bertunang walaupun tidak ada ibu bapa perempuan itu. Jeng..jeng..jeng
Pinang dari segi hukum Fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka perempuan itu menjadi tunangan laki tersebut. Mudah kan.
Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap didalam telefon, tetap dah jadi tunang. Contohnya berbunyi begini ye adik2, abang2
"Lelaki tu cakap, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan membalas, "I sukalah, I setujulah, I redha atau apa2 saja yang membuatkan perempuan itu suka dengan "pinangan" lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang. Jadi, bila sudah jadi tunangan orang tanpa sedar dan ada lelaki datang meminang, hukumnya HARAM.
Haaa...aku pon dok ternganga bila baca kisah nie. Adakah anda jadi tunang orang tapi tak sedaq2 lagi?? Haiyaa, tak tau. Hehehe. Susah nak percaya tapi percaya laaa...
Eh, risau pulak aku nie..dulu masa bercinta dengan ex ada jugak la mengarut bab2 tunang nie. Kononnya bila umur aku 25 tahun dah jadi tunang orang. Haish, mintak maaf sangat2, dulu aku tak tau lagi T__T
p/s: sesapa rasa nak bertunang tu cepat2 la masuk meminang.. yang dah jadi tunangan orang tu, jaga la hubungan baik2 eh. Yang jemput makan kenduri tu, mesti aku usaha datang jugak ^___^
jom join contest...hadiah sgt sweet untuk parent anda!!!
ReplyDeletehttp://syierahalf.blogspot.com/2012/11/contest-i-love-my-parent.html
nak putuskan pertunangan pun boleh dengan tak sedarnya, nina.
ReplyDeleteSyiera: Yeke, nak join la nanti :)
ReplyDeleteGW: Betul..banyak benda boleh jd tanpa kita sedar
ReplyDelete