Selamat pagi ~ hari nie nak menjiwai a.k.a menjiwang..dah lama tak menjiwang
Panas terik tak mengahalang aku nak jiwang pagi nie..sekali sekala
Ada satu kisah tapi bukan cerita dongeng mahupun rekaan tetapi sudah terjadi kepada sesiapa yang bercinta. Tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Ikuti kisah ini...
Pada suatu petang ditaman bunga terdapat sepasang kekasih..
Juliet: kita akan kawin tak?
Romeo: i berjanji yang kita akan kawin
Juliet: sampai bila kita akan bersama?
Romeo: i berjanji kita akan hidup semati
Juliet: terharu bila mendengar ayat itu dengan penuh harapan dan akan menunggu..juliet bertanya lagi boleh tak romeo janji juliet je dalam hati romeo
Romeo: i berjanji hanya juliet je dalam hati i
Juliet: dia teruja dan memeluk romeo
Si Juliet dah pasang harapan dan berangan2 inginkan pelamin warna pink
Adakah cinta memerlukan harapan? Adakah cinta dipenuhi janji2? Semuanya terpulang pada setiap pasangan yang inginkan kebahagiaan. Rupa-rupanya janji hanya tinggal janji, si Romeo lupa janji.. si Romeo kawin dengan orang lain..si Romeo menduakan Juliet! Hancur lebur hati juliet... pelamin angan ku musnah....
Sesiapa yang bercinta mesti perlukan harapan rite? Tipulah kalau takmo ada harapan apa2.. Maksudnya harapan untuk terus bersama and then selautan janji di tabur atas hamparan bunga-bungaan.. Hati bahagia bila berpegang pada janji tu ! Tapi bolehkah janji2 tu ditunaikan? Ataupun janji hanya tinggal janji !! Dibiarkan orang yang mengharap terkontang kanting dengan sejuta janji palsu !
Bila bercinta semuanya terbuai dengan kenikmatan cinta, yang salah diagungkan yang betul tak diendahkan tapi nak salahkan siapa bila semua tu hancur? adakah si Juliet terlalu mengharap ataupun si Romeo yang suka berjanji?
Kadang2 tanpa mengharap pon pasangan akan berjanji tapi janji tu hanya kosong sebab bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Sometimes kita perlu berfikir sometimes jangan biarkan diri terus terbuai dengan segala harapan palsu..segala janji yang terlafaz dari bibir tapi ingatkan diri supaya jangan terlalu berharap dengan perancangan yang entah betul atau tak kerana setiap perancangan manusia ditentukan oleh Allah s.w.t
kita semua adalah banduan bila bercinta dan semua yang dicinta itu adalah raja
betulkan cinta itu urusan hati ? sebab bila bercinta akal tak mampu mengawal, tak mampu berfikir dengan waras.. bila cinta menduduki hati.. hati takkan pernah runtuh.. tapi jika cinta hilang.. hati hanya debu2 tanah.. lemah dan tak berdaya.. akhirnya hati dan akal tidak boleh berbuat apa2.. so jangan terlalu taksub dengan segala harapan dan janji kerana setiap janji pasti mengecewakan.. yang pasti tepuk dada tanya iman..
selalunya melibatkan perasaan
ReplyDeleteyup..
ReplyDelete