11 Mar 2023

Blog Performance February 2023

 Assalamualaikum readers


Start tahun 2023, setiap bulan nak update pasal blog performance sebab dari situ boleh tahu masalah blog dan paling penting kita tahu link blog diindeks atau tidak selepas buat audit di entri yang bermasalah. Benda ni ambil masa berbulan tapi bila berjaya, rasa puas hati. Untuk bulan Februari, performance blog agak sendu nak dibandingkan dengan Januari. Salah satunya, tak update entri lebih dari 3 hari.



Bukan mudah nak konsisten update blog. Kadang tu dah taip tapi disebabkan tak ada masa nak edit gambar, terus terperam. Sama lah bila rajin edit gambar, otak pulak blurr nak karang ayat. Takkan nak copy paste dari blog orang. Tolong jangan copy paste, hargai hasil tulisan orang. Google Adsense dah makin STRICT! Umpama cikgu BM yang tanda kertas peperiksaan. 


Boleh nampak link lama (minyak kasturi & Veet Hair Removal) dah diindeks dan menjadi hasil carian di Google

Kalau banyak readers dari mobile. Dinasihatkan untuk ubah font menjadi besar, reduce gambar dan ringankan blog untuk cepat loading di fon. Senang cerita, check blog sendiri di fon.

Untuk bulan Feb - 62 links berjaya di indeks. Alhamdulillah


Kalau nak earning naik tu rajin-rajin lah perbaiki entri lama-lama yang memang 'berhabuk' . Bab ni semua orang malas, yaaa Nina pun bukan rajin sangat tapi dengan duit blog ni jugak jadi penyelamat untuk beli luggage di Langkawi sebab MIL dan Nina terlebih shopping 😂😂

5 comments:

  1. hihihi...kita jauh lagi perjlanan tu...tapi suka berblogging...rase mcm release tension plak

    ReplyDelete
  2. ok la tu..yaya lagi la...boleh tiup habuk tu haha

    ReplyDelete
  3. sy belum buat lagi asyik terlupa je😁

    ReplyDelete
  4. dulu mungkin x strict sbb x ramai pengguna (mahir) laa ni dah ramai so diorg pun terpaksa jd strict

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com