27 Mar 2023

Resepi Vietnam Roll Dan Sos

 Assalamualaikum readers


Resepi Vietnam Roll Dan Sos | Kerajinan itu ada jika ada geng nak membuat. Alang-alang cousin hubby datang rumah MIL untuk berbuka pada ahad lepas. Nina pun ajak buat sebab tak puas makan kalau beli di bazaar hanya ada 3 'tongkol' vietnam roll yang dibelah dua. Harga RM 10 😞 Kalau buat sendiri, semua orang boleh rasa, puas hati itu pasti dan mesti! Haha.. Siap hidangan untuk moreh gituuu.


Vietnam Roll yang seksi dan gemok


Hidangan berbuka puasa hari ke 4. Jemput makan


Vietnam Roll ni paling utama sos kena sedap. Kalau tak sedap, memang tak best. Dalam google banyak resepi tapi bahan sos tu macam merepek pun ada. Jadi kami buat sos sendirian berhad, ikut citarasa sendiri. Meh nak share, konpem tak pening nak membuat. 


Bahan-bahan :


Rice paper

Stick crab / udang

Mee hoon (optional)

1 batang carrot (buang kulit)

1 batang timun (buang kulit)

Salad

*Semua bahan dicelur terlebih dahulu kecuali rice paper



Bahan Untuk Sos Pencicah :


5 biji cili api hijau

2 sudu sos cili Thai

2 ulas bawang putih

2 sudu gula melaka

2 biji limau kasturi

2 helai daun ketumbar

2 sudu mayonis / yogurt asli



Caranya :


1. Rendamkan rice paper ke dalam air, sekejap sahaja


2. Letak salad dan susun carrot, timun dan stick crab dan balut ketat.


Selamat mencuba!

5 comments:

  1. Wah, menarik sos yg Nina buat ni. Macam teringin nak buat jugak weekend ni. Terima kasih share resipi.

    ReplyDelete
  2. setuju part kalau nak buat ni kena ada geng

    ReplyDelete
  3. Nasib akak bukan penggemar popia vietnam...tapi adik akak suka...kadang dia buat kat rumah gak...

    ReplyDelete
  4. Yup.. sos dia yang penting selain bahan dalam roll tu.. tq share nina..

    ReplyDelete
  5. yg ada udang tu lbh menggiurkan 😁😁 tp udang mahalllll😭

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com