9 Jul 2021

Resepi Daging Bakar ‘Harimau Menangis’

Assalamualaikum Readers


Resepi Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ | Daging bakar ni dari Thai atau nama Sua Rong Hai. Mudah nak buat daging bakar ni, tak payah nak beli. Resepi sos boleh juga guna untuk kambing bakar. Buat sendiri lagi puas hati dan boleh tambah ikut suka hati.  Selamat mencuba dan menternak lemak! 😂


Daging harimau menangis yang juicy

Daging bakar guna air fryer tak juicy dan kering


1st time buat sos cicah, hubby dan Nina spesis makan pedas, kecuali mil dan sil no.1 🤣 bila cicah tu terus menangis. Ikut sukatan cili padi nak banyak mana. Lagi pedas lagi umphhh


Daging di perap semalaman

Sos cicah daging yang pedas


Nina lebih suka bakar dari guna AF sebab isi daging tu tak juicy. Hehe.. tapi terpulang pada selera masing-masing. Meh nak share resepi, alang-alang lockdown sampai tahun depan boleh la buat.


Bahan-bahan tanpa resepi asal yang letak beras sangai (ditumbuk)

Perahan limau untuk rasa masam manis dan pedas


Bahan perapan daging (diperap semalaman)


2 kilo daging dipotong kecik atau suka hati. Daging ambil bahagian yang ada isi dan lemak baru sedap (cucuk daging dengan garfu bagi bahan perapan diserap daging)

2 sudu gula

6 sudu besar sos ikan atau kicap 

5 sudu besar sos tiram

5 sudu besar sos cili

2 sudu besar minyak masak (bagi daging lembut & juicy) 

6 sudu besar sos lada hitam


Bahan sos cicah daging


3 sudu besar sos ikan

6 biji cili padi

2 biji cili besar

Seketul asam jawa (1 cawan air untuk ambil air asam jawa)

2 biji limau nipis (ambil jus)

1 biji bawang besar merah

1 batang daun sup (dipotong)

2 sudu besar gula merah/gula melaka


Caranya :


1. Blend bawang merah, cili besar, cili padi bersama air asam jawa.


2. Masukkan dalam mangkuk dan kacau bersama bahan yang lain. Dah siap!

25 comments:

  1. naissss dapat lagi satu resipi sos cicah. Sedap betul tengok daging bakar ni

    ReplyDelete
  2. Bukan harimau menangis, tapi orang sebab sos cicah pedas. Ya betul, bakar lagi sedap dari AF

    ReplyDelete
  3. Aduhaiii, kecur air liur terus tengok gambar. Kita sampai ke sudah tak merasa lagi daging bakar harimau menangis. Last makan masa singgaha Danok dulu dulu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : try la masak sendiri kalau teringin. Hehe. Mkn puas2

      Delete
  4. Akak kalau buat daging bakar suka bakar atas pemanggang ajaib ataupun oven je...akak amik resepi kuah pencicah tu ye...terliur tengok...

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaa. Dah trbayang bayang rasanyaa 😂

    ReplyDelete
  6. menangis jugak saya memandang ni

    ReplyDelete
  7. perghhh kuah cicah nya tu dah melelh air liur ni tgk...

    ReplyDelete
  8. Belum pernah rasa lagi daging harimau ni

    ReplyDelete
  9. aku tak penah mkn bende ni so kirenye nama "menangis" tu sbb die pedas sngt ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whaniee : ya sebab kuahnya pedas sangat baru best

      Delete
  10. Ni kalau saya ni, saya yang menangis sebab pedas HAHAHAHA. Tapi bila dah minat kan kak nina, makin pedas makin sedapppp! Tapi betul, kalau pakai AF, memang tak juicy, lagi sedap nampak dibakar hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atiqah : memang menangis kalau makan sebab pedas hahahaha. Bakar ambik masa sikit dr AF

      Delete
  11. akk suka daging bakar yg juicy..kena try ni..

    ReplyDelete
  12. Wow, mengancam! Pernah buat masa tengah viral sebelum ni. Memang lembut juicy tapi panggang dalam pan je la..

    ReplyDelete
  13. resepi viral ni. belum pernah merasa. walaupon jenis tak makan daging merah sgt, tapi nampak sedap

    ReplyDelete
  14. Aduhai, menangis tekak akak tengok menu Nina ni! 😊

    ReplyDelete
  15. hingga menangis kepedasan :)
    memang real rimau menangis ni, nina hi hi hi...

    sama la kita. prefer panggang / goreng dari AF.
    sebab bila guna AF, dry skit kan.
    akak lom pernah buat daging rimau nangis ni.
    ada save few recipe dlm phone.
    sukar nak beli daging time pkp ni, nina.
    sini takde pasar :(
    camne la nak raya haji ni, mana la nak cari daging hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida : hahah siapa tak tahan pedas memang menangis la :)

      Alhamdulillah rumah dekat dgn pasar tp kalau ada kes susah jugak la kena keluar jauh nk cari stok bahan basah

      Delete
  16. ada x pertandinan siapa nangis dulu lps mkn? hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com