24 Jul 2021

Resepi Kuah Lontong/Lodeh

Assalamualaikum Readers


Resepi Kuah Lontong/Lodeh | Lama rasanya tak masak kuah lontong ni hinggalah SIL no.2 bagi cadangan menu untuk raya haji yang lepas. Walaupun kami semua orang utara tapi menu makanan Johor kena dengan tekak 🤣



Nina tak ikut menu yang betul-betul. Main campak bahan ikut selera sendiri. Janji kenyang. Yang nak cuba masak boleh try resepi ni. Nak sedap kena ikut petua ni :


- masak waktu pagi, bahan-bahan sediakan pada waktu malam. Esoknya terus masak.

- didih sayur saja supaya kuah lodeh tahan lebih lama tanpa masukkan santan.

- biarkan reneh lama sebelum masukkan kesemua sayuran.






Bahan-bahan :


1/4 kubis (dipotong)

1 batang karot - potong panjang

5 batang kacang panjang

2 keping fucuk - rendam

1 ikat soo hoon - rendam

2 keping tempe & tauhu - potong dadu & goreng

2 batang cili merah - dihiris

2 batang serai - diketuk

1 cawan udang hidup

2 santan kotak

1 sudu besar serbuk kunyit

Garam secukup rasa


Bahan kisar :

6 ulas bawang merah ros

1 inci kunyit hidup


Caranya :


1. Masa bahan kisar dan serai bersama air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.


2. Tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan mendidih lagi.


3. Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga ke lembut.


4. Masukkan santan dan kacau rata supaya tidak berketul.


5. Masukkan pula udang dan serbuk kunyit bagi mencantikkan warna.


6. Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang telah digoreng. Masukkan garam dan sesuaikan rasa. Terus kacau seketika dan siap.


12 comments:

  1. Sedap ni, pastu buat sambal bilis ke ayam msak merah ke, mmg kena betul!

    ReplyDelete
  2. Waaa.. Sedap ni.. Kalau saya makan lontong, kena letak sayur-sayurnya lebih. Lagi sedap.

    ReplyDelete
  3. Salam, nampak sedap berlemak, lama tak sarapan dengan lontong..

    ReplyDelete
  4. Favourite orang Johor ni. Orang Utagha pun suka ye. Sedap tu ada banyak rencahnya. Masaknya mudah tapi nak sediakan bahan bahan tu agak leceh. macam tu ye cara dia nak lagi sedap. Campurkan santan kemudian.

    ReplyDelete
  5. sedappppp :) lauk raya setiap tahun. paling senang masak ni

    ReplyDelete
  6. Saya pulak goreng sikit tempe, tauhu, kacang goreng tu supaya tahan lama and rangup bila kunyah. Tak pernah lagi taruk udang. Memang vegetarian style.

    ReplyDelete
  7. eh sama lah kita, orang utagha tapi berkenan jugak dengan menu orang Johor. Lontong ni memang fav dari kecik hehe

    ReplyDelete
  8. Suka makan lontong tapi tak pandai buat kuah lodeh.

    ReplyDelete
  9. sedapnya lontong.. busyra nk buat haritu tp x buat2 smpai skrng.. haha

    ReplyDelete
  10. Dah cukup lengkap bahan-bahannya tu Nina. Sedap tu.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com