13 Jul 2021

Bayi Lelaki Mudah Terkena Angin Pasang Atau Hernia

 Assalamualaikum Readers


Bayi Lelaki Mudah Terkena Angin Pasang Atau Hernia | Jadi 1st parents ni banyak benda kena tahu, baca, observation etc. Masuk usia 2 bulan, perasan pusat Harraz agak besar dan tersembul keluar, terdetik rasa risau. Mostly hernia banyak menyerang bayi dan kanak-kanak lelaki. Alhamdulillah, masuk 3 bulan pusat Harraz dah normal ke dalam. 


Contoh Hernia dari Google

Walaupun benjolan pusat Harraz tak sama tapi tetap risau. Alhamdulillah bukan hernia. Legaaa


Sebelum ni setiap kali mandi dan tukar pampers memang wajib sapu minyak. Untuk elakkan kembung perut. Selain perut, periksa alat kelamin sama ada bengkak atau tidak. Tanda lain muntah, perut buncit serta benjolan keras dan sakit, tidak kentut dan buang air besar. Jika ya, segera ke hospital jika anak menangis tak henti-henti.


Apa itu hernia?


Berasal dari perkataan Latin. Masalah kesihatan yang melibatkan penonjolan keluar organ atau tisu lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen yang kelihatan ketika meneran, menggeliat atau batuk. Hernia kerap terjadi pada bayi pramatang dan berumur kurang dari satu tahun.


Hernia ada macam-macam jenis, kalau nak taip macam banyak pula. Boleh baca di sini untuk info lanjut. 


20 comments:

  1. anak2 akak masa bby arwah mak tuam selalu supaya pusat tak menonjol
    alhamdulilah 3 anak2 mak jga
    penting katanya

    ReplyDelete
  2. Orang tua-tua selalu pesan, tempoh dalam pantang bukan ibu je yang mesti jaga diri, baby pun sangat perlu diperhatikan terutama macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC : ya ibu dan bayi pun kena pantang. Kalau tak mcm2 penyakit yg dtg

      Delete
  3. anak lelaki masa baby memang kena jaga extra...mcm kak mieja dulu setiap pagi tuamkan dengan daun sirih..petua nenek....

    ReplyDelete
  4. Baby lelaki biasanya kena tuam untuk mengelakkan terkena angin pasang

    ReplyDelete
  5. Semoga Harraz cepat sembuh seperti sedia kala

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah pusat Harraz bukan hernia. Semoga Harraz baik baik aje ye. New parents memang banyak kena kaji kan Nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : alhamdulillah. Ya betul fiza kena banyak kaji dan membaca

      Delete
  7. Takut pulakkkk tengokk pusat jadi macam tuuuuu,
    Tapi Alhamdulillah lah kan kak nina sebab pusat Harraz dah masuk dalam elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atiqah : alhamdulillah bukan angin pasang. Kena sentiasa jaga dan alert

      Delete
  8. alhamdulillah. moga harraz terus sihat ye.

    anak boy akak, Izzat, pernah masuk spital 3 mlm.
    buah dia masuk kuman. mujur bukan angin pasang yg kena operate.
    sebab agak teruk juga keadaannya masa tu, Nina.
    dpt antibiotik 2 hari di spital. then bengkak nya terus surut.

    nasihat doktor, sunat. sebab ia boleh berulang.
    once kena di situ, boleh berulang beberapa kali hu hu hu hu...
    itu yg cuti skolah 2019, terus sunat kan Izzat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida : Aaminn terima kasih akak

      Ohhh itulah fungsi sunat dlm islam, mengelakkan penyakit dan kuman di kawasan kemaluan :)

      Delete
  9. mak mak memang kena alert setiap perubahan fizikal anak. Naniey dulu perasan kat bahagian dada Naura ada benjolan then mase jumpa pakar bagitau dia cakap biarkan sahaja. Jangan picit. Selepas sebulan dua dah hilang dah benjolan tu..

    ReplyDelete
  10. Kalau orang panggil angin pasang kan..kesian kalau baby kena...kena masa baby senang sebab kita boleh tau dan ikhtiar...kalau lelaki dewasa kena..huiii...seram...

    ReplyDelete
  11. Oooo begitu ceritanya. Pernah nampak pusat anak jiran tersembul keluar tapi tak tahu kenapa jadi begitu.

    ReplyDelete
  12. Tulah selalu dengar orang kata jaga baby lelaki lagi rumit. Sebab angin pasang ni la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : kena lebih berjaga-jaga kalau ada anak lelaki ni. Lg satu mudah terkena sawan dan demam panas

      Delete
  13. Oooo. itu ke.. baru kutahu dong

    ReplyDelete
  14. baca ni terus teringat kat sedara. tp dia kena time dah dewasa. lama juga laa dia ikhtiar utk dpt zuriat disebabkan hernia ni... skrg anak dah 2

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com