6 August 2017

Film Review xXx : Return of Xander Cage


Assalamualaikum Readers 😉


Review Filem xXx : Return of Xander Cage | What's up guys, lama tak up entri movie, bukan tak tengok tapi malas update 😂😂 Ini movie dari awal bulan Mac ok. Satu lagi filem Vin Diesel sebagai producer. Yang belum tengok boleh download. Filem yang menelan belanja $85M dan box office sebanyak $346.1 million. Perghh i knew it mesti best 💃💃

xXx Return of Xander Cage


SINOPSIS xXx : RETURN OF XANDER CAGE


Agen NSA, Augustus Gibbons cuba merekrut pemain bola sepak Neymar Jr. untuk program xXx apabila satelit jatuh dan membunuh mereka. Kemudian, 1 team, 4 orang ahli yang diketuai oleh Xiang (Donnie Yen) menyusup ke pejabat CIA untuk mencuri 'Pandora Box', sebuah peranti yang boleh control satelit untuk dijadikan bom.


Agen CIA, Jane Marke menjejaki ex Xander, Xander Cage (Vin Diesel) yang memalsukan kematiannya dan hidup sendiri di Dominica untuk kembali berkhidmat dan mengambil semula Pandora Box.


Xiang mencuri Pandora Box

Xander mendapatkan semula siaran tv untuk penduduk

Jane jahat rupanya


Cage mendapatkan bantuan kawan lamanya, Ainsley dan menjejaki Xiang bersama teamnya sendiri terdiri dari 3 orang, dibantu pakar senjata, Becky (Nina Dobrev). Cage bertemu Xiang dan Serena (Deepika) di sebuah pulau terpencil. Xiang juga agen xXx, direkrut oleh Gibbons, mencuri Pandora Box untuk mengelakkan penyalahgunaan dan perlu dimusnahkan.


Serena dan Xander

Berbincang sambil baling bom tangan

Tentera Rusia menyerang


Tentera Rusia menyerang pulau itu. Team Cage berjaya tumpaskan penyerang, Xiang melarikan diri bersama Pandora Box dan Cage mengejarnya ke pantai tapi Xiang berjaya lesap. Serena menyertai team Xander dan memusnahkan peranti satelit itu.


Mampu naik moto dalam laut

Hebat betoi meluncur pakai moto

Serena join team Xander


Selepas insiden satelit lain di Rusia, Jane tahu peranti yang dimusnahkan Serena hanya 1 prototaip, team Cage telah membuang masa. Cage perasan pengarah CIA terlibat dalam konspirasi bahawa Kotak Pandora sebenarnya berada di tangannya.


Team Cage dan Xiang menjejaki isyarat Pandora Box. Mereka berkerjasama melindungi diri dari tentera upahan Jane. Program xXx ditamatkan dan Jane menembak Xander. Kemudian menghantar pembunuh upahan untuk jejak team xXx yang berada di sebuah gudang.


Bila gegadis beraksi

Tony Ja tak pernah tak kelakar


Xander memakai kalis peluru. Jane menggunakan Pandora Box untuk menjatuhkan satelit ke gudang. Xiang berjaya masuk ke jet dan Jane jatuh dari pesawat sambil Xiang membawa Pandora Box. Usaha Becky menghentikan isyarat gagal. Xander berjaya menyelamatkan teamnya dan memusnahkan Pandora Box. Rupanya Gibbons memalsukan kematiannya dan tubuh semula program xXx.



⭐⭐⭐⭐


No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com