26 Jun 2019

Murung Sebab Tailor Terus Lunch Di Nando's @ Setia City Mall

Assalamualaikum Readers
 
 
Lunch Dengan Menu Baru Nando's Setia City Mall | Kemain tajuk entri lunch sampai ke Shah Alam. Haha.. Nina buat apa kat Setia Alam ni? Nak dijadikan cerita menangis, mood up and down sepanjang sehari di Selangor hari jumaat, 21 Jun lepas disebabkan perangai tailor. Murung sehari, sebab tak nak Nina sedih dan murung, bf bawak makan di Setia City Mall. Cerita tailor tu nanti ya.
 

Baju raya tahun ni yang baru dapat lepas raya. Hantar jahit lace saja pun lewat pos
 
Sampai pun plaza tol Setia Alam

Setia City Mall

Kami cuba set ini. Ada sorang pakcik Nando's kat sini sangat friendly
 
 

Sementara tunggu habis solat Jumaat, kami singgah Setia City Mall. Dua-dua orang dah lapaq + letih. Disebabkan kami berdua tak pernah jejakkan kaki ke Shah Alam dan Setia Alam jadi harapkan pertolongan waze sajalah. Nasib juga ada mall ni kalau tak, murung nak cari kedai makan. Yang banyak kedai mamak area Setia Alam. Not bad mall ni, ada macam-macam restoran cuma berapa kali pusing cari tempat parking. Memang kena park tepi jalan eh? Tolong jawab sat.

 
 
Apa yang pelik kat sini? Haha

Sedap nasi kuning tu, lupa dah nasi apa

Makin kembang nampaknya tuan blog ni. Cantik padang kat sebelah mall ni, rasa nak guling-guling

 
 
Jangan lupa singgah ke Nando's cuba menu baru mereka. Nina pun tak pasti bila menu baru ni muncul. Kalau ada lagi promosi ni bagus la sebab berbaloi siap dapat sup cendawan. 
 


4 comments:

  1. Kita orang Selangor pun belum pernah sampai sini lagi.

    ReplyDelete
  2. Setia Alam mmg cantik landskapnya..tk pernah sampai lg shopping mall ni..tgk dari jauh nmpk kereta berderet park kt luar..

    ReplyDelete
  3. hjg bln dpn sy jd crew kt 1 event kt sini. tp sblh mall ni laa...lama xsmpi sini...

    ReplyDelete
  4. Eh.. kenapa yang satu pinggan tu ada dua jenis nasi?? hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com