Assalamualaikum Readers
Tempat Makan Viral Snoworld Café Di Penaga, Pulau Pinang | Sedap ke tidak? Meh baca. Zaman sekarang ni semua benda nak kena viral baru orang kenal, orang tau, orang serbu terutama tempat makan. Orang buat bisnes zaman dulu kekal dan dapat bertahan sampai sekarang, tak perlu kuasa viral pun. Perasan tak? Last-last yang viral ni, buka bisnes tak sampai setahun dah tutup. Berleter pulak Nina. Heee.. Kami terjah kedai ni selepas viral di FB pada 2 Mei lepas.
Snoworld Café. Nampak sedap kan |
Spaghetti Aglio Olio - RM 8.90 . Rasanya tak cukup garam. Tawar sikit |
Grilled Lamb Chop - RM 18.90. Daging liat sikit, perlu improvement lagi |
Sebelum terjah tu, silap sendiri sebab tak scroll baca komen-komen sampai habis. Rupanya hampir 90% netizen kata makanan tak sedap, tawar dan service tak bagus. Alamak, jawabnya kena berleter sepanjang jalan dari Penaga ke Butterworth lah. Bf kata mudah sangat percaya benda-benda viral terus nak terjah. Lepas ni kena berhati-hati. Seeloknya kalau dah tak sedap tu jangan la komen pedas-pedas, kesian owner, komen la yang positif sikit. Bukan tak nak support bisnes orang kita sendiri kena selamatkan bisnes, tak gitu?
Harga untuk minuman dan dessert. Aiskrim tu better makan di Bukit Bendera |
Harga makanan nampak menarik. Agak tak berapa berbaloi. Heee |
Orang melayu Penang ni kadang-kadang lebih suka masuk kedai cina dari bangsa sendiri. Sanggup beratur panjang tanpa fikir halal haram. Kedai nasi kandar tu lain lah. Memang sedap. Contoh sekarang yang viral air The Alley. Tak kuasa nak minum sebab status halal was-was. Nina tak suggest makan kat sini sebab tak ngam dengan tekak. Hehe..
kalaulah kt blog ni bleh tag owner resto😆
ReplyDeleteWalau pun viral tak semestinya sesuai dengan tekak kita.
ReplyDeleteTak semua yang viral tu sedap kan Nina..
ReplyDeleteNampaknya kedai ni belum cukup viral lagi sebab saya tak pernah dengar lagi. Hehe
ReplyDelete